Etika pakaian : Kritikan buat Rebecca dan Malaysiakini

Oleh : MHN

Seorang penulis bernama Rebecca Yeoh menulis surat mengkritik etika pemakaian di majlis perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka.

Surat itu diterbitkan oleh Malaysiakini.

Dalam surat itu, Rebecca mendakwa etika pemakaian tersebut adalah rasis kerana menurutnya hanya orang Cina sahaja yang berpakaian tidak menutup lutut dan lengan.

“This dress code ruling is racist because we all know that it is mainly the Chinese who would wear attire that exposes the arms and legs.” – Rebecca Yeoh.

Tidak cukup dengan itu, Rebecca juga mengingatkan bahawa kerajaan Melaka adalah dipimpin oleh Pakatan Harapan dan bukannya t@liban atau PAS.

Katanya lagi, arahan tersebut bermakna semua kita perlu berpakaian dengan memastikan kepala sehingga ke kaki ditutup.

“What this means is we all have to dress up and make sure we’re covered from head to toe – just to pay a bill.” – Rebecca Yeoh

Tangkap layar surat yang diterbitkan Malaysiakini.

Saya mahu kritik dua pihak dalam isu ini, penulis surat tersebut, dan juga Malaysiakini yang menyiarkan surat tersebut.

Pertama, untuk pengetahuan Cik Rebecca, etika pemakaian di premis kerajaan ini sudah lama dipraktikkan. Sebagai seorang rakyat NEGARA yang merdeka dan bertamadun, tentu lah kita ada adab dan tatatusila. Malah rukun negara juga ada menekankan kesopanan dan kesusilaan. Nak pakai seluar dan skirt pendek malah berselipar mahu ke j@mbankah?

Etika pakaian pelawat di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

Tahukan cik Rebecca etika pemakaian yang sama turut terdapat di luar pagar semua sekolah termasuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

Mungkin cik Rebecca tiada anak, anak masih kecil atau tidak pernah menjemput anak ke sekolah atau pun menghadiri Mesyuarat PIBG.

Kalau tidak, sudah tentu ada terlihat poster tersebut.

Kalau tidak, sudah tentu cik Rebecca tidak menulis surat yang mendedahkan betapa cetek dan bebalnya akal saudari.

Di mana pula arahan suruh tutup head to toe? Kamu buta Kah atau mahu berdrama seperti ahli politik?

Kedua, kepada Malaysiakini, yang menerbitkan surat Rebecca ini, khususnya kepada editor portal berita online yang tersohor yang mendapat pelbagai anugerah.

Kamu pun mungkin juga tiada anak atau pun anak kamu ke sekolah di hantar bas sekolah. Kamu pun patut tahu etika pemakaian tersebut yang turut dipaparkan di sekolah.

Atau kamu tiada otak langsung, gemar sangat menerbitkan surat yang mengundang kemarahan rakyat kebanyakan.

Atau kamu kemaruk sangat artikel sensasi supaya lebih banyak netizen melihat iklan di laman kamu supaya kamu beroleh keuntungan?

Wajarkah surat yang bebal, rasis, itu kamu siarkan apatah lagi CEO kamu dilantik pula sebagai pengerusi penaja Majlis Media?

Benar, negara kita ada kebebasan bersuara. Tapi Wajarkah sampai tahap sebegini murah kamu campak tepi etika?

Nanti boleh tak minta pembaca berita KiniTV kamu itu pakai singlet nampak bulu ketiak? Apa? Tak boleh? Ada etika pemakaian? Tau pun!

( kalau sesiapa nak bayar cukai berb0gel pun boleh sebenarnya, lakukan di rumah kamu sendiri, bayar sahaja guna online)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.