Muafakat Nasional desak PH tubuh segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja Tabung Haji

KENYATAAN MEDIA

14 Februari 2020
PH HARUS SEGERA TUNAIKAN JANJI TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK TABUNG HAJI
MUAFAKAT NASIONAL mengikuti rapat pelbagai isu-isu yang menyentuh ‘Lembaga Urusan Tabung Haji.

Bermula dengan pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam Tabung Haji yang sehingga kini tiada satupun didakwa ke muka pengadilan, sehinggalah pelbagai isu yang menyentuh hati rakyat termasuklah ura-ura pengurangan subsidi buat jemaah Haji atas justifikasi konsep Istitha’ah.

Terbaru, isu jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang Milk TH Plantations yang berkeluasan 101,000 hektar menjadi hanya 24,000 hektar dengan kaedah yang begitu meragukan juga benar-benar membangkitkan keresahan 9.4 juta pendeposit di kalangan umat Islam.

Ini tidak termasuk aset-aset hartanah Tabung Haji benilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. Aset-aset ini termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel Tabung Haji seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan Tabung Haji.

Harus diingat Tabung Haji adalah institusi yang cukup istimewa di hati rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya. Sebelum PH memerintah, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat penubuhan yang bukan sahaja menguruskan segala kepertuan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah Haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam.
Kecemerlangan Tabung Haji sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hlbah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.

Sebab itulah, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan.

Justeru, MUAFAKAT NASIONAL mendesak agar *Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat segala dakwaan salahlaku, penyelewengan dan skandal* dalam Lembaga Tabung HAji sebagaimana janji PH, segera ditubuhkan bagi mengembalikan keyakinan pendeposit dan pelabur institusi terulung umat Islam terus terpelihara.

sign

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.