Sah! Johor beli 15 buah Toyota Camry baru.

MUAR, 14 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini mengesahkan mengenai pembelian 15 kereta Toyota Camry bagi menggantikan Honda Accord yang sebelum ini digunakan beliau dan barisan Exco kerajaan negeri.

“Kenderaan yang digunakan sebelum ini iaitu jenis Honda Accord sudah melebihi perbatuan 350,000 hingga 400,000 kilometer,”  – Datuk Dr Sahruddin Jamal

Semalam Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menerusi kenyataan di Facebookya menuntut supaya Dr Sahruddin memberi penjelasan berhubung pembelian kereta Toyota Camry yang didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan Exconya.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran pembelian kereta tersebut pada ketika “rakyat masih mengeluh dan marah-marah dengan kenaikan cukai tanah yang sesetengahnya begitu mendadak tinggi naiknya”

Terdahulu, pembelian kereta baharu oleh kerajaan negeri Johor itu ditularkan oleh laman facebook Ops Johor dan mendapat kritikan warga net. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.