KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pakatan Harapan tidak lagi mendominasi media sosial, sebaliknya kini ia dikuasai oleh pembangkang, kata setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan.
Malay Mail memetik beliau sebagai berkata kebebasan yang telah dikembalikan kepada rakyat telah dimanfaatkan oleh pembangkang untuk menyebarkan propaganda mereka.
“Kita telah kehilangan kelebihan media sosial yang pernah kita miliki”– Syahredzan Johan.
Tambah Syahredzan lagi, pembangkang, terutama Umno, kini berjaya memanfaatkan media sosial dengan mengambarkan bahawa kerajaan PH sedang didominasi oleh orang Cina- naratif yang digunakan untuk menyerang DAP dan kerajaan PH.
“Dengan ramai pemimpin yang kini berdepan dengan banyak kes rasuah, mereka perlukan suatu mesej yang mudah – tetapi berkesan – untuk menyerang kerajaan PH.
“Justeru, dengan PAS sebagai rakan baru, mereka bergantung kepada mesej (kononnya) kerajaan ini didominasi atau dikawal Cina.
“Sudah tentu apa yang mereka katakan itu tidak benar sama sekali,” -Syahredzan Johan
Semenjak dilantik menjadi setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan aktif menggunakan media sosial terutamanya twitter untuk mempromosikan DAP serta mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan.
Baru-baru ini beliau yang turut diberi gelaran Si Buang, turut ditroll TTKM dan netizen gara-gara mempersoalkan perkataan caj yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
"Caj" ni apa? BM pun tak betul. https://t.co/8WX5P51DKM
— Syahredzan Johan (@syahredzan) February 5, 2020
Pada perkembangan berbeza, bapa Syahredzan Johan iaitu Dato Johan Jaafar yang merupakan bekas pengarang Berita Harian pula mempunyai pandangan berbeza dengan anaknya itu.
Dalam satu artikelnya bulan lepas yang bertajuk “Mengapa DAP jadi liabiliti kepada PH”, bapa Syahredzan itu mengkritik naratif PH yang sering menyalahkan BN dan serangan melampau kepada Najib
“Untuk beberapa bulan pertama, keseluruhan naratif PH ialah menyalahkan kerajaan sebelumnya. Kritikan terhadap Najib menjadi trend.
Begitu hebat serangan ke atas Najib hingga ia menimbulkan kesan sebaliknya. Najib bukan ahli politik sebarangan. Beliau berada dalam dunia politik selama lebih empat dekad. Beliau sedar serangan melampau ke atasnya tidak boleh diterima baik oleh orang Melayu, walaupun apapun pegangan politik mereka.
Seperti yang diduga, serangan berterusan ke atasnya digunakannya sebaiknya. Dia memilih ungkapan “Malu Apa Bossku!” dan selebihnya adalah sejarah.
Kita harus menerima hakikat bahawa ungkapan itu mungkin salah satu daripada yang paling berkesan dalam sejarah penjenamaan politik baik. Najib tahu beliau perlu melawan kembali dan beliau juga sedar ke mana arah perbicaraan membabitkan pertuduhan ke atas beliau. Tetapi “lawan kembali” yang beliau rancangkan begitu berkesan sekali. – Dato Johan Jaafar
-Buletin TTKM-