Jelas isu hotel TH guna blogger : FB Mujahid padam hantaran

Media sosial 18 Feb : Laman facebook menteri di jabatan jabatan perdana menteri, Dr Mujahid Rawa memadamkan hantaran penjelasan isu penghentian operasi rangkaian hotel-hotel  Tabung Haji yang dikongsikan dari laman blog.

Hantaran dengan kapsyen “Jawapan kenapa operasi beberapa hotel di bawah TH Hotel & Residence dihentikan.”  itu dinaikkan dengan menyertakan pautan kepada link berikut: https://www.dedahfakta.com/2020/02/blog-post_17.html?fbclid=IwAR0wo-Aj-QvpwblZwf014w9oMG5aCjCan7PIIA_z0uVDLoerrS3onUTPQNc

 

Tangkap layar laman blog Dedah Fakta yang penulisnya tidak dinamakan

Ia dipercayai dipadamkan oleh admin terbabit setelah hantaran tersebut diserang bertubi-tubi oleh warganet atau lebih dikenali sebagai laskar bawang di ruangan komen.

Terdahulu, ketua pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Wusuki mengkritik Mujahid kerana menggunakan blogger tersebut untuk menjawab bagi pihak beliau

“Tidak wajar selamanya bergantung kepada blogger mahupun tenter@ cyber upahan untuk menjawab bagi pihak Tabung Haji mahupun YB Menteri dalam hal berkaitan TH. Rakyat terutamanya 9.4 juta pendeposit TH berhak mengetahui kedudukan sebenar TH dan isu-isu berkaitan dengan pemberhentian operasi hotel-hotel Tabung Haji dan banyak lagi isu termasuk jualan lambak aset-aset dan hartanah TH” – Asyraf Wajdi Wusuki

Manakala bekas perdana menteri, Najib Razak pula  memerli Mujahid.

“Akhirnya, Menteri Haji sahkan penutupan hotel-hotel TH setelah dipindahmilik kepada syarikat Kementerian Kewangan. Cara Menteri menjawab secara rasmi?Dengan berkongsi blog penulis media sosial PH.” -Najib Razak

Laman facebook troll TTKM turut tidak melepaskan peluang dengan menerbitkan troll berikut;

Terkini, semakan di laman facebook Mujahid mendapati beliau menaikkan hantaran penjelasan dari pihak Tabung Haji lebih kurang jam 2.40pm tadi. – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version