Wan Fayshal atau Muzzammil guna TTKM untuk pemilihan Bersatu?

WAF atau MI guna TTKM untuk kempen pemilihan BERSATU?

Oleh : Abdul Azim Roslan

  1. Isu ini sebenarnya bermula apabila MI tersilap langkah apabila dia secara tidak sengaja dilihat seakan mempertahankan beberapa individu yang pernah menyerang dan merosakkan parti.
  2. Walaupun akhirnya MI memohon maaf, tetapi damage has been done. Imej dia tercalar teruk. Akar umbi marah. Tetapi apa yang perlu dia lakukan untuk pulihkan imej dia kembali?
  3. Jika aku MI, aku akan lakukan serangan persepsi. Cipta naratif. Musuh politik aku juga lebih teruk daripada aku, atau sama teruk sekurang-kurangnya.
  4. Aku akan gunakan jaringan kenalan, individu atau page FB yang terkenal sebagai musuh parti atau anti Tun M.
  5. Kita gunakan mereka atau page kendalian mereka untuk menampakkan musuh politik kita juga seakan bersekongkol dengan individu atau page anti parti atau anti Tun M.
  6. Kita main persepsi ini. “Kata aku bersekongkol dengan musuh parti, kawan hang pun sama juga.”
  7. Niatnya mudah untuk mendiamkan lawan politik kita supaya serangan ke atas kesilapan kita dulu dikurangkan, atau mungkin diredakan.
  8. Jika permainan ini kantoi ditengah jalan, awal lagi musuh politik aku mungkin boleh baca. Maka aku akan timbulkan naratif baru. Aku minta individu atau admin page tersebut untuk promote aku sekali.
  9. Kemudian aku akan buat satu kiriman FB dakwa musuh politik aku mungkin bayar page atau individu ini untuk naikkan imej dia, selepas dikecam ahli parti, dia pun minta page itu untuk naikkan posting aku sekali.
  10. Musuh politik aku akan kelihatan teruk seperti aku. Atau mungkin lebih teruk. Aku pula kelihatan jadi mangsa keadaan. Kesian kat aku kan?
  11. Siapa yang cepat cipta naratif dan diulang-ulang, maka dia pemenang. Aku perlu cepat supaya medsos mengikut naratif seperti yang aku mainkan.
  12. Ini adalah apa yang aku akan buat jika hadapi situasi tersebut. Aku tak pasti MI bagaimana. Mungkin juga WAF yang lakukan hal ini.
  13. TTKM pula walau apa pun yang terjadi, mereka tetap bergembira. Mereka masih menang walaupun dua mahluk ini berentap. Kill two birds with one stone.
  14. WAF team SS. MI lawan SS. Dua matlamat (mungkin lebih) telah tercapai, hanya dengan beberapa kiriman share posting FB. Maka bodohlah orang-orang yang sangka menggunakan TTKM, walhal dipergunakan.
  15. Aku tahu admin TTKM tengah baca kiriman ini sambil tersenyum. Jilaker kau. Hahaa.

Tambahan:

  • Mungkin saja dua-dua tak terlibat. TTKM saja nak pancing dan spread the damage even further. 🤦‍♂️
Tangkap layar 1. Hantaran promosikan Muzzammil.
Tangkap layar 2 : hantaran promosikan Wan Ahmad Fayshal

Penulis merupakan Ahli Armada Selayang. Artikel ini adalah atas kapasiti beliau sebagai individu dan bukan mewakili mana-mana parti politik. Ia juga merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.