AGC gugurkan dakwaan terhadap 12 individu dituduh sokong LTTE

Putrajaya 21 Feb: JABATAN Peguam Negara hari ini, membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

BH Online melaporkanPeguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebagai berkata  keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang

“Memang kelaziman untuk mempunyai idola dan bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon.

“Mempunyai gambar dan representasi lain yang berkaitan mereka dalam telefon bimbit atau akaun Facebook (FB) seseorang, tidak menukar seseorang menjadi pengg@nas.

“Ini tema umum semua tertuduh LTTE. Setiap mereka mempunyai gambar Prabhakaran (Pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran) dan pemimpin lain LTTE yang terbun0h semasa Perang Saudara di Sri Lanka dalam telefon bimbit atau akaun FB mereka.

“Sekiranya perbuatan ini boleh terjumlah sebagai kesalahan jen@yah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati,” -Tommy Thomas

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60.

Bagaimanapun, Tommy berkata, mungkin terdapat elemen ‘perbuatan pengg@nas’ pada pihak semua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar berkenaan atau Prabhakaran.

“Mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseks@an, iaitu sekadar terjumlah ‘sokongan,bantahan atau pertentangan pendapat’,” -Tommy Thomas

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.