Oleh : Mohd Redzuan Mohamed Yusoff
Boleh siapa-siapa beri pencerahan, atas percanggahan dua logik ini?
1- Memiliki buku berkaitan ISI$ walaupun untuk kajian pengajian dia di universiti, adalah satu kesalahan jen@yah yang mana AGC pursue bersungguh-sungguh walaupun Mahkamah Tinggi katakan tiada Prima Facie.
AGC punya bersungguh tu sampai buat Rayuan.
2- Memiliki gambar orang yang dianggap terr0ri$, meletakkan gambar orang tersebut di tempat-tempat pemujaan, menulis sokongan kepada orang yang dianggap terr0ri$, dan memberi ucapan menyokong orang yang dianggap terr0ri$ adalah satu perbuatan yang biasa dan tidak sepatutnya dianggap bersalah.
AGC punya bersungguh untuk lepaskan orang macam ni, walaupun SB dah kerja keras, dah tangkap, AGC dah diyakinkan untuk tuduh, dah tuduh dan tunggu bicara habis, AGC boleh buat keputusan untuk tarik balik pertuduhan serta-merta.
Consistency is a great part of justice. The only consistent thing in both situations are the hard work and determination of AGC to reach a different end of two almost similar situation.
Apa yang kita belajar dari dua benda ni?
Lain kali jangan simpan buku, simpan gambar tidak mengapa, berucap sokong gerakan gan@s dan terr0ri$ tidak mengapa. Begitu?
Atau sokong gerakan terr0ri$ yang dah hampir mati tidak mengapa, simpati dengan gerakan terr0ri$ hampir mati tidak mengapa, berhubung dengan pemimpin gerakan terrori$ hampir m@ti tidak mengapa, ambil tahu gerakan yang masih aktif tak boleh?
Atau menggunakan gerakan yang pernah dilabel terr0ri$, membangkitkan sentimen pro-gerakan yang negara kita label terr0ri$ untuk mendapatkan sokongan politik boleh, tak bahaya untuk keselamatan, tapi pegang buku untuk dijadikan bahan bacaan adalah bahaya kepada negara?
Serius, aku tak faham.
Again, AGC must explain this. Your statement has just ripped open a big hole.
Bidang guaman kehilangan satu lagi peluang untuk mendapat penghakiman bertulis berkenaan hal ini. Sekiranya kes ini dibicara hingga selesai, dan Mahkamah melepaskan semua tertuduh atas alasan yang sama yang dinyatakan AG, maka alasan ini akan menjadi satu hujahan yang bagus dan memberi ruang di dalam kes-kes akan datang.
Tapi secara undang-undangnya, AG memang ada kuasa penuh untuk tuduh atau tarik balik pertuduhan. Yang kita pertikaikan bukan kuasa, kita pertikaikan stand dan alasan AG.
Tapi persoalan asas, siapa yang ada kuasa untuk senaraikan siapa penggan@s @ terr0ri$? Jawapannya KDN. Bukan AGC.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan seorang peguam. – Editor