Tommy gesa menteri dalam negeri kaji semula gazet kumpulan pengganas

Putrajaya, 21 Feb: MENTERI Dalam Negeri perlu mengkaji semula gazet terhadap kumpulan pengganas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Seksyen 66B (9) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) memperuntukkan semakan “setiap enam bulan” untuk menentukan sama ada terdapat alasan munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu entiti tertentu.

Thomas berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mengumumkan keputusan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menghentikan prosiding terhadap 12 rakyat Malaysia yang didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Perintah untuk mengisytiharkan suatu entiti adalah kumpulan pengganas bagaimanapun “tidak dimaksudkan untuk kekal atau bertahan selama-lamanya.

“Parlimen mengiktiraf bahawa, dengan peredaran masa, satu kumpulan yang menggunakan keganasan untuk mencapai matlamatnya mungkin bertukar atau menyesuaikan pendekatan dengan menolak keganasan dan menerima kaedah-kaedah yang aman sebagai ganti.

“Seksyen 66B(9) oleh itu memperuntukan bahawa Menteri tersebut hendaklah mengkaji semula Perintah yang dibuatnya “tiap-tiap 6 bulan untuk menentukan sama ada masih terdapat alasan yang munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu entiti tertentu”, dan sekiranya Menteri tersebut menentukan bahawa tidak terdapat alasan yang munasabah, beliau hendaklah dengan segera membatalkan Perintah yang dibuatnya sebelum ini,”  Tommy Thomas

LTTE diumum sebagai kumpulan pengganas oleh kementerian dalam negeri Malaysia dalam atu arahanyang digazetkan pada 12 November 2014.

Kumpulan tersebut yang dibubarkan sejak Mei 2009 selepas meletakkan senjata dan saki bakinya menyerahkan diri kepada tentera Sri Lanka.

Walau bagaimanapun, kumpulan itu masih mempunyai penyokong dan simpatisan  di beberapa negara termasuk di Malaysia.

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60. -Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.