KES LTTE GUGUR: Segera pecat Tommy Thomas! – Pemuda BERJASA

KENYATAAN MEDIA PEMUDA BERJASA

PROSIDING KES LTTE GUGUR: SEGERA PECAT TOMMY THOMAS

Saya menyifatkan tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang menghentikan prosiding terhadap 12 individu disyaki pendokong militan LTTE sebagai satu penghinaan terhadap integriti badan perundangan negara.

Semenjak Tommy Thomas diangkat menjadi Peguam Negara ini bukan kali pertama kes yang melibatkan kepentingan DAP dan individu yang rapat dengan beliau dilepaskan dan digugurkan dengan alasan yang tidak munasabah dan penuh keraguan.

Dari kes rasuah berprofil tinggi melibatkan seorang Menteri Kanan dari DAP, kes pembunuhan Muhammad Adib yang dikatakan berpunca dari segolongan samseng India, sehinggalah apa yang kita hadap di muka hadapan akhbar, individu yang telah ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia atas alasan ‘caught-in-hand’ terkait dengan aktiviti melibatkan sebuah kumpulan yang diisytihar paling ganas di dunia iaitu LTTE.

Saya kira sistem perundangan dan keadilan dalam negara kini berada dalam dunia kegelapan. Adakah kini sistem perundangan yang bukan sahaja sepatutnya menjalankan keadilan malah perlu untuk dilihat menegakkan keadilan sudah hampir tidak wujud dari kaca mata rakyat?

Ianya tidak mustahil, mengambil kira kes-kes yang yang digugurkan oleh Peguam Negara yang disebutkan diatas. Sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit, desak dan seru supaya Peguam Negara dipecat atas dasar integriti dan kedaulatan undang-undang yang kini jauh menyimpang.

Peguam Negara sudah hilang kredibiliti! Sebelum sistem perundangan negara mengalami defisit kepercayaan, maka amat wajar Tommy Thomas dipecat serta merta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.