
KUALA LUMPUR,24 Feb : Kerajaan Pakatan Harapan tumbang hari ini berikutan peletakan jawatan perdana menteri, tun Dr Mahathir dan selepas pakatan tersebut hilang majoriti dalam parlimen.
PH telah kehilangan 26 kerusi ahli parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia apabila presiden parti, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan parti tersebut keluar dari PH.
Setelah itu, 11 ahli parlimen PKR termasuk Azmin Ali turut mengumumkan keluar dari PKR dan membentuk blok bebas dalam parlimen.
Sebelum itu, PKR telah mengumumkan Azmin Ali dan Zuraida dipecat dari parti tersebut rentetan peranan mereka dalam membentuk pakatan baharu menggantikan kerajaan Pakatan Harapan.
Senarai nama 11 bekas ahli PKR membentuk blok bebas:
1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak6. YB Dato’ Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal7. YB Dato’ Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau
-Buletin TTKM-
Leave a Reply