PKR pecat Azmin dan Zuraida

Petaling Jaya, 24 Feb : Parti Keadilan Rakyat memecat Timbalan Presiden parti, Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dari parti tersebut sebentar tadi.

Keputusan itu diambil dalam satu  mesyuarat khas susulan perkembangan politik semasa tanah air, tanpa kehadiran pemimpin yang berada di kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Semalam, negara digemparkan dengan gerakan politik di mana Azmin dan beberapa MP pembangkang telah mengadakan makan malam muafakat ahli parlimen di Hotel Sheraron bagi menunjukkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan kemungkinan terbentuknya kerajaan baru.

Mesyuarat tersebut  dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya sejurus beliau tiba dari kediaman Tun Dr Mahathir di The Mines sebelum itu.

Atara yang hadir ialah Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul; Pengerusi MPN Pahang, Fuziah Salleh; Pengerusi MPN Negeri Sembilan, Aminudin Harun.

Yang lain ialah Pengerusi MPN PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh serta Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut kelihatan, Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew.

Keputusan ini juga dilihat rentetan serangan terbuka kem Azmin yang dikenali sebagai kartel selepas kongres PKR tempoh hari di Hotel Renaisanse-Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.