Siti Kasim syukur PPBM keluar PH, dakwa parti tersebut rasis.

Peguam dan aktivis Siti Kasim berkata beliau bersyukur kepada tuhan dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar dari Pakatan Harapan.

Tambah beliau lagi, PPBM tidak pernah untuk rakyat Malaysia, sebaliknya mereka adalah untuk agenda politik perkauman mereka.

“Thank God PPBM left PH! They were never for Malaysians. It’s for their own political racist agenda.” – Siti Kasim

Beliau berkata demikian di hantaran facebooknya petang tadi.

Terdahulu,kerajaan Pakatan Harapan tumbang berikutan peletakan jawatan perdana menteri, tun Dr Mahathir dan selepas pakatan tersebut hilang majoriti dalam parlimen.

PH telah kehilangan 26 kerusi ahli parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia apabila presiden parti, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan parti tersebut keluar dari PH.

Setelah itu, 11 ahli parlimen PKR termasuk Azmin Ali turut mengumumkan keluar dari PKR dan membentuk blok bebas dalam parlimen.

Sebelum itu, PKR telah mengumumkan Azmin Ali dan Zuraida dipecat dari parti tersebut rentetan peranan mereka dalam membentuk pakatan baharu menggantikan kerajaan Pakatan Harapan.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version