Putrajaya, 24 Feb : Tun Dr Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri kepada Yang DiPertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas spekulasi penubuhan kerajaan baharu menggantikan kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut laporan TMI, surat tersebut telah dihantar ke Istana Negara.
Kenyataan media akan dikeluarkan PMO kemudian.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadap Yang DiPertuan Agong di Istana Negara pada jam 2.30 petang ini.
Pada perkembangan yang sama, Parti Keadilan Rakyat telah memecat timbalan presiden Azmin Ali dan naib prediden, Zuraida Kamaruddin atas peranan yang dimainkan oleh mereka dalam gerakan menubuhkan kerajaan baharu yang kecoh sejak semalam.
Semalam, Kem Tun Dr Mahathir mendakwa mendapat sokongan lebih 130 ahli parlimen untuk kekal menjadi perdana menteri dengan melakukan makan malam muafakat ahli parlimen di Hotel Sheraton. – Buletin TTKM-