Gameception

Oleh : Khairul Azri

GAMECEPTION.
.
Tun ‘game’ Anwar macam taknak bagi PM-8.

Anwar pula ‘game’ Tun dengan niat nak pergi jumpa YDPA Isnin walaupun janji bersabar.

Sebelum kena ‘game’ dengan Anwar..

Maka Tun pun ‘game’ Anwar dulu gerakkan ‘budak-budak’ dia(Azmin dan Moyden) utk gang up dengan MN jumpa YDPA pada Ahad sebelum Anwar jumpa Isnin.

Tapi ‘game’ Tun tak kesampaian penuh sebab YDPA sebagai pengadil, nak bagi fair ‘game’ kat Anwar jumpa dia hari Isnin.

Anwar yang terkejut dengan ‘game’ Tun dan budak-budak dia pada Ahad, janji dia akan sokong Tun kekal PM, tak mintak dah PM-8, sanggup jadi PM-9.

Tun yang teruja dengan janji Anwar, ambil keputusan untuk ‘game’ pulak ‘budak-budak’ dia dengan MN dengan kata dia tak ada kena mengena dengan mereka dan bagi tawaran yang tak boleh diterima oleh MN iaitu bekerjasama dengan DAP.

Sedar diri di’game’ oleh Tun M, Maka MN ambil keputusan untuk balas balik ‘game’ Tun M dengan tarik balik sokongan kepada Tun M dan mintak bubar parlimen menyebabkan ada ruang untuk Anwar potong angka sokongan ahli parlimen dan ‘game’ kan Tun semula.

Maka harini, PKR telah ‘game’ kan Tun dengan menamakan Anwar sebagai PM.

Dan melihatkan sokongan Tun M sudah berkurangan kerana MN ‘game’ Tun dengan tarik sokongan terhadap Tun M dan tindakan PKR tadi, maka mengamoklah PPBM tersedar diri bahawa mereka mungkin ter ‘game over’ dengan Anwar sebagai PM mereka selepas ini.

Inilah dia drama ‘Gameception’ minggu ini tuan puan, tak sabar betul tunggu ending dia, popcorn dah habis dah ni..🥱

Sekian.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.