Gameception: Checkmate!

Oleh: Khairul Azri.

Ingatkan ‘Gameception’ dah tamat dan geng-geng PPBM serta Tun M telah di’game over’ kan oleh gerakan daripada Anwar dan konco-konconya (Baca:PKR, DAP dan Amanah) semalam apabila mereka mengumumkan sokongan penuh terhadap Anwar Ibrahim dihadapan YDP Agong..

Tapi bila ditilik dan dikaji-kaji, sebenarnya ianya adalah gerakan ‘checkmate’ dari seorang master strategist bernama Tun M.

For starters, selepas segala kekecohan pasca Sheraton Move pada malam Ahad..

Secara tiba-tiba Tun M telah mencadangkan Kerajaan Gabungan (Unity Gov) yang terdiri daripada semua parti politik di Malaysia dan penentuan kabinet ditentukan oleh Perdana Menteri(Baca:Tun M) dan jawatan diisi dengan kapasiti individu bukannya parti.

Dan syaratnya, MN kena kerjasama dengan DAP, dan DAP kena kerjasama dengan MN…

Sebuah syarat yang boleh dikatakan tak masuk akal langsung kepada semua parti-parti politik di Malaysia jika melihatkan senario politik semasa..

Seolahnya permintaan Si puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah – 7 dulang hati nyamuk. 7 dulang hati hama. 7 tempayan air mata anak dara. 7 tempayan air pinang muda. 1 mangkuk darah Sultan Ahmad Shah..

Tapi kalau kita duduk tepi dan perhatikan, kesemua ‘outcome’ berdasarkan gerakan Tun M yang mencadangkan Kerajaan Gabungan tersebut kita akan dapati ada 3 outcomes, iaitu:

Outcome 1: Kesemua parti politik termasuk MN dan PKR, DAP dan AMANAH ‘kemaruk’ sangat nak berkuasa, sanggup ketepikan prinsip maka, tertubuhlah Kerajaan Gabungan ini, maka kekal lah Tun M sebagai PM-8.

Outcome 2: MN tarik diri sebab taknak bekerjasama dengan DAP atas dasar prinsip, hanya mahu bekerjasama dengan gabungan yang tidak terdiri daripada DAP, menarik balik sokongan 61 kerusi MN daripada Tun.

Namun DAP, AMANAH dan Anwar kekal setia dengan Tun M, maka hanya diperlukan sebahagian daripada PPBM untuk U-Turn dan mencukupkan kerusi untuk mejadi kerajaan semula. Maka terbentuklah PH 2.0, dan kekal lah Tun M sebagai PM-8.

Outcome 3: MN tarik diri sebab taknak bekerjasama dengan DAP atas dasar prinsip, hanya mahu bekerjsama dengan gabungan tanpa DAP, menarik balik sokongan 61 kerusi MN daripada Tun..

Tetapi DAP, AMANAH dan Anwar tidak kekal setia dengan Tun M, kerana gerakan MN menarik sokongan terhadap Tun M telah membuka peluang kepada Anwar memotong angka sokongan terhadap Tun M di hadapan YDPA dengan menarik sokongan DAP terhadap dirinya daripada Tun. Dan apabila Anwar melakukan yang sedemikian…

Maka Tun M kini mampu kembali kepada MN dan berkerjasama dengan mereka kerana DAP sudah tiada lagi dalam perkiraan kerajaan gabungan versi Tun M tersebut, maka kekal lah Tun M sebagai PM-8.

Nah!

Pusing ikut mana pun, ‘pemenangnya’ adalah Tun M, samada outcome 1,2,3 kesemuanya akan mengekalkan beliau sebagai PM-8 kehadapan.

Dan melihatkan perkembangan semasa iaitu – 1. kerajaan Johor yang baru bertukar, menandakan kerjasama itu telah termeterai, 2. Tun M dilantik semula sebagai penasihat PPBM, kembali ke kepala partinya..

Maka den tidaklah terlalu terkejut jika tidak ada pembubaran parlimen dan kita akan ada kerajaan daripada gabungan parti politik yang baru tidak lama lagi.

GG Tun M. GG 👏👏🙇🙇

Sekian.


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.