Sesi khas parlimen 2 Mac tentukan siapa PM, jika tiada, pilihanraya mengejut.

PUTRAJAYA: Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini bagi memilih Perdana Menteri yang baharu, kata Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambah beliau lagi, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu yang memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu. lapor Berita Harian

“Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat.

“Maka Parlimen akan bersidang pada 2 Mac…..siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya,”

Dr Mahathir yang kembali menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata parti itu akan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri ketika persidangan itu.

Sebelum ini, Pakatan Harapan meletakkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM setelah Mahathir tidak menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH berikutan parti Bersatu keluar dari PH,

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: