Tun U-Turn: Terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Kuala Lumpur, 27 Feb: PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya menurut laporan Harian Metro.

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” – Marzuki

Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu susulan Bersatu menarik diri dari Pakatan Harapan.

Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Semalam, Pakatan Harapan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri setelah Dr Mahathir tidak menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kelmarin. – Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.