June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kerajaan PH Melaka tumbang, YB Beliau dan Adun PKR lompat, KM Adly mohon bubar DUN

Kerajaan PH Melaka hari ini kehilangan majoriti apabila Perikatan Nasional membentuk majoriti dalam Dewan undangan negeri dengan penyertaan dua adun PH.

Mereka adalah Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, dari DAP yang juga dikenali sebagai YB Beliau, dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR

Jailani pada sidang akhbar bersama Adun BN dan Bersatu hari ini, berkata, bahawa mereka tidak meninggalkan parti masing-masing tetapi menyokong kerajaan negeri baru dalam kapasiti peribadi.

Melalui lompatan ini, Perikatan Nasional beroleh 17 kerusi, termasuk dari adun Bersatu berbanding 15 kerusi PH.

Sementara itu, ketua menteri Melaka yang menyedari kerajaan PH telah tumbang, mengadakan pertemuan dengan YDP Negeri petang tadi dan mencadangkan supaya DUN Melaka dibubarkan supaya pilihanraya negeri dapat diadakan.

Salinan kenyataan media Adly Zahari:

Pada perkembangan yang sama, YB Beliau dalam satu sidang akhbar bersama pemimpin UMNO Melaka berkata keputusan yang diambilnya adalah kerana untuk kepentingan orang Melayu disamping melihat dirinya sewaktu dalam kerajaan PH hanyalah sebagai seorang barua.

“Hari ini saya bertindak demi kepentingan orang Melayu. Saya sudah kerja keras, bertungkus lumus, mereka (kerajaan PH) kata mereka hendak bermaruah, saya tengok saya barua sahaja.Saya cakap terus terang, saya memang out spoken, bila kita beri sepenuh jiwa raga, saya tak reti hendak beralas, hari ini saya balik ke pangkuan,” – Norhizam Hassan Baktee

Bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron pula mengucapkan ucapan terima kasih kepada dua adun kerajaan yang menyertai Perikatan Nasional lalu berseloroh tidak lagi akan menggelar Norhizam sebagai YB Beliau sebaliknya akan memanggilnya dengan nama penuh. – Buletin TTKM –

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: