Covid-19: 28 kes terbaru, kenaikan tertinggi dalam sehari, total 83 kes.

Putrajaya, 6 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mengesahkan 28 lagi kes baharu positif COVID-19, kenaikan paling tinggi dalam sehari setakat ini. 

Kebanyakan kes baru ini adalah generasi kedua (kontak rapat kpd kontak rapat) kepada satu kes kluster pesakit no 26, Pengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Hisham Hamdan.

WhatsApp Image 2020-03-06 at 7.19.16 PM

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 83 kes setakat pukul 12 tengah hari Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata kesemua kes tersebut merupakan warganegara Malaysia dan mereka dikesan untuk rawatan selanjutnya.

“Kontak-kontak rapat kes ini juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes.

“Daripada jumlah ini, 65 orang adalah warganegara Malaysia, 15 orang adalah warganegara China dan tiga orang adalah lain-lain warganegara iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali,” – Dr Noor Hisham

Siasatan sama ada kes ke-68 hingga kes ke-83 mempunyai kaitan dengan kes ke-26 masih dijalankan.

Kes 26, Datuk Hisham Hamdan dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari lalu. Walau bagaimanapun, melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Datuk Hisham berkata beliau tidak dijangkiti virus tersebut di China kerana tiada sebarang kes positif dicatatkan di sana ketikat itu.

Pada perkembangan yang sama,  Dr Noor Hisham berkata sebanyak 956 kontak rapat telah dikenal pasti.

Daripada jumlah ini, sebanyak 258 kontak rapat kepada kluster yang berkaitan dengan kes ke-26 telah dikesan dan telah diambil sampel.

“Daripada kluster ini, 18 orang telah disahkan positif COVID-19, 70 orang adalah negatif namun begitu mereka diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.

“Seramai 170 orang lagi telah berjaya dikesan dan masih menunggu keputusan makmal,” 

Katanya lagi, KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenalpasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut- Buletin TTKM-

Image may contain: text

 

Image may contain: text

Image may contain: text

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.