April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Setelah tumbang, PH lancarkan kempen PMR 2020 untuk tentang PN

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Pakatan Harapan akan memulakan kempen menentang kerajaan Perikatan Nasional melalui satu program bernama Pertahan Mandat Rakyat 2020 ( PMR 2020) pada 9 Mac ini , yang akan dihadiri pemimpin tertinggi gabungan tersebut termasuk bekas perdana menteri ke 4 dan ke -7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu surat pekeliling yang dikeluarkan oleh sekretariat Pakatan Harapan, acara tersebut dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby dan akan dihadiri ahli-ahli parlimen PH, Adun, pimpinan negeri, ketua penerangan negeri, ketua bahagian setiap parti  dan ketua penerangan.

Buletin TTKM telah menghubungi setiausaha kerja PH, encik Mussadiq Khalid dan beliau mengesahkan kesahihan pekeliling tersebut.

Penceramah pada program tersebut termasuklah ketua sekretariat PH, Saifudin Nasution, Presiden PH,  Wan Azizah, Ketua penerangan PH, Shamsul Iskandar Md Akin, Tony Pua, Khalid Samad, Mukhriz Mahathir dan wakil parti Warisan Sabah.

Pemimpin lain yang dijadualkan berucap termasuklah Mat Sabu, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Manakala acara finale merupakan ucapan dari Tun Dr Mahathir.

Terdapat dua sesi tayangan video, tetapi tidak dinyatakan apakah kandungan video yang akan ditayangkan itu.

Program ini merupakan himpunan besar-besaran pimpinan PH yang  pertama kali diadakan sejak ia tumbang kepada Perikatan Nasional tidak sampai setengah penggal pemerintahan – Buletin TTKM.-

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: