Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara baharu.

Gambar FMT.

Putrajaya, 6 Mac : Perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai peguam negara yang baharu menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletakkan jawatannya minggu lepas.

Menurut Muhyidin lagi, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Seri PAduka Baginda yang Dipertuan Agong, selaras dengan Fasal (1) Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan  untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020.

Tan Sri Idrus Harun sebelum ini merupakan hakim mahkamah persekutuan.

Beliau  juga pernah berkhidmat sebagi penasihat undang-undang Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Adik beliau, secara kebetulan adalah Azhar Harun, yang kini merupakan pengerusi SPR yang dilantik oleh perdana menteri ke 7 sebelum ini, Tun Dr Mahathir.

Semenjak PH ditumbangkan Perikatan Nasional, peguam negara, Tommy Thomas dan ketua SPRM, Latheefa Koya  telah meletakkan jawatan.

Kedua-duanya adalah lantikan Tun Dr Mahathir – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: