Laporan polis dibuat terhadap Khalid Samad dan Mujahid.

Pulau Pinang, 7 Mac: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (Amanah) dan ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa berhubung kenyataan mereka yang didakwa mempertikaikan kuasa Yang DiPertuan Agong melantik Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai perdana menteri ke 8.

Laporan polis yang dilihat oleh Buletin TTKM itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang,  malam tadi pada jam 11.16 malam .

Balai polis Jalan Patani yang dihubungi Buletin TTKM mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

“Tujuan laporan ini dibuat adalah supaya PDRM dapat menyiasat ucapan yang dibuat oleh kedua-dua ahli parlimen ini kerana didapati telah mempertikaikan pelantikan perdana menteri yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong yang mana tindakan mereka ini jelas telah menghina Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu  dan telah menghasut rakyat untuk turut sama menentang tindakan dan perkenan Yang DiPertuan Agong”  – Isi laporan polis. 

Kelmarin, Khalid Samad  dalam klip video yang tular di media sosial mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti  tetapi gagal dipilih kerana Agong tidak yakin dengan gabungan itu yang hanya mempunyai 40 orang ahli parlimen melayu.

“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” – Khalid Samad. 

Berikutan itu, bekas perdana menteri, Najib Razak berkata ucapan Khalid Samad itu amat tidak bertanggung jawab dan ia mampu menghasut orang bukan melayu membenci YDP Agong.

“Lid tuduh YDP Agong bertindak rasis? Lid.. oh Lid? PAN.. oh PAN.Kenyataan seperti ini amat tidak bertanggungjawab kerana ianya mampu menghasut orang bukan Melayu untuk membenci YDP Agong.” – Najib Razak. 

Ketika PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri, gabungan itu ada sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada jumlah tersebut, 59 bukan Islam, sementara hanya 33 Melayu/Islam. 

Dalam perkembangan yang sama,  bekas menteri  pembangunan usahawan, Redzuan mendesak Khalid supaya memohon maaf, menurut laporan FMT.

“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan? Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,”  – Redzuan

KErajaan Pakatan Harapan  tumbang tidak sampai setengah penggal apabila PPBM yang diketuai Tan Sri Muhyidin Yasin dan Azmin Ali yang mengetuai 10 ahli PKR, bertindak keluar dari gabungan tersebut.

YDP Agong melantik Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 setelah mendapati  beliau mungkin mendapat  kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing, serta ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddn Md Yasin (Muhyiddin) sebagai perdana menteri, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,”  –  Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara,  Ahmad Fadil Shamsuddin

Pakatan Harapan melalui satu pekeliling semalam akan melancarkan kempen PMR2020 ( Pertahankan Mandat Rakyat 2020) pada 9 Mac ini bagi menentang kerajaan baharu Perikatan Nasional.  -Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version