3 adun PH keluar parti, isytihar sokong PN di Perak

Ipoh, 9 Mac: Pakatan Harapan Perak yang baru sahaja tumbang sebagai kerajaan negeri menerima tamparan hebat apabila  tiga lagi adun daripada gabungan itu  mengambil keputusan keluar parti dan menjadi adun bebas

Tiga adun tersebut adakah dua dari DAP iaitu  Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam manakala seorang lagi dari Amanah iaitu Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim

Hasnul sebelum ini menangis teresak-esak dalam satu video yang disiarkan Astro Awani menzahirkan kesedihan beliau mengenai desas desus kerajaan negeri PH bakal ditumbangkan.

Untuk rekod, Hasnul juga merupakan ketua pemuda Amanah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir berkata Pemuda Amanah akan bermesyuarat segera untuk memutuskan kedudukan ketua pemudanya yang telah melompat parti.

“Bertenang. Pemuda AMANAH akan bermesyuarat segera untuk memutuskan kedudukan Ketua Pemuda yang telah lompat menjadi ADUN Bebas di Perak. Sehingga ke saat itu, saya mengambil tanggungjawab untuk memimpin bahtera ini. #KekalBerprinsip” – Syazni Munir

Dalam satu sidang media, Paul Yong berkata keputusan keluar dari parti diambil kerana bimbang sekiranya mereka tidak menyokong kerajaan baru, banyak projek di kawasan mereka akan dibatalkan.

“Di Tronoh, ada universiti dan juga pelabur yang masuk. Jika kita kembali sebagai pembangkang, ini semua akan digantung.

“Rakyat letakkan harapan tinggi terhadap parti politik. Mereka tidak patut menanggung akibat kerana permainan politik,”  – Paul Yong.

Untuk rekod, Paul Yong juga kini sedang berdepan dengan kes mahkamah atas tuduhan mer*g*l pembantu rumahnya.

Setelah kerajaan pusat Pakatan Harapan tumbang, tiga negeri Pakatan Harapan turut mengalami nasib yang sama iaitu di Johor, Melaka dan yang terkini di Perak.

MB PErak, Datuk Seri Faizal Azumu pada sidang media pagi tadi mengumumkan gabungan baharu Perikatan Nasional Perak yang terdiri dari PPBM, UMNO dan PAS kini memperoleh majoriti di dewan rakyat dan bakal membetuk kerajaan negeri yang baharu. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: