Abang Syed Saddiq sertai UMNO.

Syed Abdullah, dua dari kiri. Gambar Sinar Harian.

SHAH ALAM – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima tamparan apabila abangnya sendiri,  iaitu Syed Abdullah menyertai UMNO

Menurut laporan Sinar Harian, , Syed Abdullah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Ampang melalui Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun.

Syed Abdullah berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Embry Riddle Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat.

Beberapa hari sebelum ini,  pegawai khas Syed Saddiq ,  Wan Ahmad Fayshal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon pula mengumumkan menyokong Tan Sri Muhyidin.

Mat Jargon sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Syed Saddiq dan Tun Dr Mahathir. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version