June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Saya akan saman Najib dan Pak Wan lebih RM10 juta – Khalid Samad

Shah Alam, 9 MacL Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan menyaman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mohd Redzuan Md Yusof berhubung dakwaan yang mengatakan beliau menggelar Agong rasis.

Dalam satu sidang media petang tadi, Khalid berkata akan menyaman Redzuan RM10 juta manakala untuk Najib jumlahnya lebih besar kerana mendakwa Najib memiliki banyak wang.

Video ehsan MG:

“Saya akan saman Najib, saya dah beritahu peguam saya. Saya akan juga saman Redzuan, mantan menteri pembangunan usahawan kerana dia keluarkan kenyataan saya minta maaf kepada Agong kerana saya pertikai perlembagaan dan melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong.

Bagi Najib, ini lagi best, tunjuk kepada saya  mana saya kata Agong itu rasis? Saya dah arahkan peguam saya untuk saman YB Redzuan RM10 juta kerana isu yang  besar, dan peguam saya akan set jumlah lebih besar pada Najib kerana duit dia lagi banyak.” 

See you in court” – Khalid Samad

Sementara itu, Najib Razak menyahut cabaran Khalid sambil menambah akan  memfailkan saman fitnah balas terhadap Khalid atas dakwaan fitnah-fitnah yang dilemparkan keatas beliau selain

“Lid mahu saman saya dengan bekas menteri kereta terbang… Baiklah. Jika Lid saman saya kerana dia tak mengaku sudah tuduh Agong bertindak rasis maka saya juga akan memfailkan saman fitnah balas terhadap Lid untuk fitnah-fitnah lain yang dia pernah tuduh saya. Banyak itu. Kita jumpa di mahkamah, Lid.” – Najib Razak.

 

Pada Khamis lepas, Khalid Samad dalam satu ceramah mendakwa Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim  mempunyai bilangan secukupnya untuk membentuk kerajaan baharu, tetapi tidak berjaya kerana mendakwa Agong tidak yakin.

“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,”  – Khalid Samad

Petikan video  ehsan Sinar turut dinaikkan di laman FB TTKM dan mendapat lebih 800 perkongsian dan 200k views. – Buletin TTKM-

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: