(video) Kerajaan negeri PH Perak pula tumbang

Ipoh, 9 Mac : Kerajaan negeri Pakatan Harapan Perak tumbang hari ini apabila menteri besar, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan gabungan baru yang terdiri dari 25 adun UMNO, 4 Adun PPBM dan 3 adun PAS kini memperoleh majoriti di dalam dewan undangan negeri Perak.

 “Kepimpinan PPBM, UMNO dan PAS negeri Perak telah mencapai satu persetujuan untuk membentu ksebuah gabungan baru. Gabungan ini melibatkan 4 adun daripada Bersatu,iaitu saya sendiri sebagai adun Chenderiang, Datuk Zainol Fadzi Paharudin Adun Sg Manik, serta kita alu-alukan dua lagi adun yang telah menyertai Bersatu iaitu adun Kuala Kurau,  YB Abdul Yunus bin Jamhari dan adun Tulang Sekah, YB Nolee Ashilin Mohammed Radzi” — Dato Seri Ahmad Faizal Azumu

Gabungan tersebut merupakan Perikatan Nasional peringkat negeri Perak dan kini memperoleh 32 adun di dalam dewan undangan negeri,

“Dengan gabungan ketiga-tegi parti ini maka Perikatan Nasional negeri Perak akan dapat membentuk kerajaan perak yang baru dengan jumlah majoriti 32 ahli dewan undangan negeri. Insyaallah dengan gabungan ini akan membentuk kerajaan negeri yang stabil dan mampu menjalin kersajsa erat dengan kerajana PN di peringkat persekutuan bagi meneruskan agenda pemabngunan dan membela rakyat Perak yang kita kasihi. ” – Dato Seri Ahmad Faizal Azumu

Menjawab soalan wartawan, Ahmad Faizil mengambil kesempatan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan pimpinan beliau sebelum ini

“Kerajaan pakatan harapan yang saya pimpin sebelum ini tidak memberikan kestabilan yang sebenar kepada kerajaan negeri PErak. Kita semua tahu ia adalah open secret bagaimana orang sebut orang seperti saya ini sebagai pengkhinat yang membelot mandat daripada rakyat, tetapi kita seharusnya tidak lupa kepada mereka-mereka yang telah pun menduduki kerusi EXCO mentadbir kerajaan negeri yang sepatutnya menjalankan amanah kepada rakyat tetapi lebih sibuk kepada usahan untuk menjatuhkan menteri besar dan kerajaan mereka sendiri. Jadi pengkhianatan itu bermula di situ. “

Buat masa kini, Ahmad Faizal berkata beliau masih lagi MB Perak tetapi ketiga-tiga parti telah pun bersepakat untuk mempersembahkan senarai nama MB baru untuk dipilih Sultan Perak seterusnya membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah pimpinan tertinggi UMNO dan PAS  negeri Perak.

Setelah kerajaan pusat Pakatan Harapan tumbang beberapa  minggu lalu, dua lagi kerajaan negeri PH iaitu Johor dan Melaka turut tersontot setelah PH kehilangan majoriti.

Kerajaan negeri Johot Perikatan Nasional selesai mengangkat sumpah pada minggu lalu manakala kerajaan negeri PN Melaka dijadualkan mengangkat sumpah petang ini. – Buletin TTKM-

Video Ehsan Astro Awani :



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: