April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kerajaan PH ‘unsustainable” kerana politik dalaman – Wan Fayhsal

Kuala Lumpur, 10 Mac : Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon  berkata kerajaan Pakatan Harapan merupakan satu kerajaan yang tidak lestari ( unsustainable) kerana politik dalamannya.

“Saya fikir sekarang rakyat sudah letih dengan politik dalaman. Itu mungkin salah satu sebab utama  kenapa kerajaan  Pakatan Harapan tidak lestari. Dan apa yang berlaku sekarang saya fikir kebimbangan utama adalah untuk  ‘deliver’, apa yang penting kepada rakyat., terutama sekali polisi yang penting, yang akan meredakan masalah mereka , isu ‘bread and butter’. Saya fikir ini merupakan ujian litmus utama kepada kabinet yang baharu. Yeah!  ” – Senator Wan Fayhsal

Ditanya wartawan sama ada beliau tidak kisah dilabel kerajaan pintu belakang  dan pengkhianat, Wan Fayhal berkata beliau tidak bersetuju dengan label tersebut.

“Saya tidak setuju dengan label itu kerana semuanya dilakukan mengikut resolusi perlembagaan. Secara asassnya, kebuntuan itu diselesaikan melalui kebijaksaan Agong dan Majlis Raja-Raja yang sangat terlibat dalam kebuntuan ini” –  Senator Wan Fayhsal

Video ehsan MG:

Berhubung kementerian belia dan sukan di mana beliau kini adalah timbalan menteri, Wan Fayshal berkata beliau keutamaan utamanya adalah untuk menyokong menteri Reezal Merican, dan kemungkinan meneruskan kerja bagus yang telah dilakukan oleh menteri sebelum ini, Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli dewan negara pagi tadi,

Untuk rekod, Wan Fayhsal sebelum ini merupakan pegawai khas bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq. Di dalam parti PPBM,  beliau memilih untuk meninggalkan bekas bossnya, Syed Saddiq dan idola beliau, Tun Mahathir dan kini setia bersama Tan Sri Muhyidin Yassin setelah melakukan perjumpaan selama dua jam dengan perdana menteri ke 8 itu.

“Setelah mendengar lebih 2 jam penerangan yang tuntas dan jelas mengenai situasi dan polemik Parti yang amat disayangi ini, saya berasa amat yakin atas apa jua yang diterangkan kepada saya.Yang keruh telah dijernihkan, yang kusut telah dikemaskan, yang kabur telah dijelaskan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya, Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal, menyokong penuh Tan Sri Presiden Bersatu untuk terus menerajui kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.” – Senator Wan Fayhsal

– Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: