KKM jejaki 5,000 peserta tabligh untuk ujian COVID-19

PUTRAJAYA: Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan itu dijalankan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei, di mana kes yang disahkan positif COVID-19 di negara terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia.

“Kes berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini membabitkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

“Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing,”  – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Buletin TTKM melaporkan hal tersebut tengah hari tadi ( baca di sini : Pesakit Covid-19 Brunei hadiri Jord Qudama & Ulama Malaysia di Masjid Sri Petaling. 

Gambar pada 29 Feb 2020 di masjid tersebut ketika majlis berlangsung. 

Majlis yang tidak dinamakan MOH Brunei  itu merupakan persidangan Jord Qudama & Ulama Malaysia yang berlangsung  4 hari dari 28 Feb sehingga 2 Mac di  Masjid Sri Petaling, markaz tabligh Malaysia.

Menurut satu rekod kedatangan asing di majlis tersebut, pada 29 Februari 2020,  lebih 1500 tetamu dari seluruh dunia menghadiri persidangan itu,  termasuk 35 dari China, 696 dari Indonesia, 2 dari Korea dan 95 orang dari Singapura.

” alt=”” aria-hidden=”true” />

Jumlah itu tidak termasuk ribuan lagi jemaah tabligh dari seluruh pelusuk negara, yang kini dianggarkan KKM berjumlah 5000 orang.

Sumber memberitahu Buletin TTKM, keseluruhan peserta pada majlis itu melebihi 10k orang.

Semalam, Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya mengesahkan kes pertama positif COVID-19 di negara itu dijangkiti ketika hadir satu majlis keagamaan di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur, yang lebih dikenali sebagai masjid tabligh.

Individu terbabit dikatakan pulang ke Brunei dengan rakannya pada 3 Mac lalu melalui Miri, Sarawak sebelum menyedari mengalami simptom jangkitan dan membuat pemeriksaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada 8 Mac lalu. Pesakit tersebut kini dikuarantin di pusat pengasingan kesihatan Tutong, Brunei.

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 149 kes.

– Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version