May 16, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Najib punca utama kerajaan PH tumbang- Tun M

PUTRAJAYA, 11 Mac – Bekas perdana menteri ke empat  dan ke tujuh, Tun Dr Mahathir berkata kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah disebabkan oleh konspirasi yang  berpunca daripada perbuatan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Dr Mahathir, Najib mahu mendapatkan kembali kuasa dengan secepat mungkin kerana tidak lama lagi keputusan perbicaraan akan diumumkan dan beliau mungkin dihukum, menurut wawancara beliau bersama Sinar Harian.

“Jadi itulah konspirasi mereka, macam mana nak jadi kerajaan setelah kalah dengan meyakinkan ahli-ahli Bersatu untuk menyokongnya dan keluar daripada parti Pakatan Harapan sehingga Pakatan Harapan jatuh. Sekarang ini mereka dah menang,”

“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.

“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,”  – Tun Dr Mahthir

Menurut Tun lagi,  Najib dan Pas masih tekankan tentang naratif Melayu Islam dan cuba mencari sokongan daripada Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan DAP ‘dianggap sebagai jahat’.

“Kita kena singkirkan DAP, jadi kita kena bekerjasama dengan UMNO. Jadi tiba-tiba orang yang kalah dianggap menang, manakala orang yang menang dikatakan kalah.

“Ini sebenarnya konspirasi siapa, adakah saya? Apa sebab saya perlu melakukan konspirasi kerana saya sudah menjadi Perdana Menteri.

“Saya ingat saya jadi Perdana Menteri, bila sampai masanya saya akan letak jawatan dan itu tidak menjadi masalah,” – Tun Dr Mahthir

Mengenai kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan tersebut dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara.

Tun mendakwa perkara tersebut dicapai Muhyidin dengan  memberikan ‘gula-gula kepada banyak orang’ sehinggakan penyokong beliau turut berpaling tadah, sekaligus berpendapat  usul tidak percaya jika  dibawa di dewan rakyat tidak mungkin berjaya.

“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.

“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” – – Tun Dr Mahthir

Semalam Kabinet kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyidin Yasin selesai mengangkat sumpah di Istana Negara Melawati, Putrajaya menggantikan kerajaan Pakatan Harapan yang hanya sempat memerintah tidak sampai setengah penggal. – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: