NFA: Ujian air kencing Adun Dengkil negatif

Kuala Lumpur, 11 Mac: Keputusan ujian patologi pada sampel air kencing anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah dan beberapa orang lagi susulan serbuan di sebuah kondomonium di Puchong, Januari lalu didapati negatif.

Malaysiakini memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Ramli Din sebagai berkata “Keputusan ujian air kencing negatif,” 

Justeru, katanya, kes itu dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), walaupun terdapat individu yang didapati positif.

Pada awal tahun ini, 17 orang ditangkap dalam serbuan kerana dipercayai terlibat dalam parti d@dah dan ditangkap pada jam 4 pagi.

Pengarah JSJN sebelum ini Mohd Khalil Kader Mohd berkata walaupun ujian awal mendapati keputusannya positif, mereka harus menunggu keputusan ujian pathologi untuk pengesahan.

Polis sebelum ini berkata 16 daripada 17 individu yang ditahan positif dadah.

Adhif pada mulanya menafikan ditahan tetapi kemudian berkata beliau berada “di tempat yang salah pada masa yang salah”.

Minggu lepas, Adhif dan tiga lagi Adun Bersatu Selangor mengumumkan menyokong Pakatan Harapan negeri selangor.

Sebelum ini, portal The Malaysian Insight hari ini memetik sumber polis yang berkata seorang ahli perniagaan dikenal pasti sebagai dalang parti d@dah untuk penjawat awam di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang menguntungkan.

Adhif Shan Abdullah telah dig*ntung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor susulan insiden tersebut.

Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.

Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan penggantungan kedua-dua pemimpin muda terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua ARMADA Nasional.

Beliau berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes yang dihadapi kedua-duanya. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version