April 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Pesakit Covid-19 Brunei hadiri Jord Qudama & Ulama Malaysia di Masjid Sri Petaling.

Bandar Sri Begawan, 11 Mac : Kementerian Kesihatan (MOH) Brunei semalam mengesahkan kes Covid-19 yang pertama di negara tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebooknya, pesakit tersebut disahkan positif pada 9 Mac 2020 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur pada 27 Februari sehingga 2 Mac untuk satu majlis perkumpulan keagamaan dan pulang ke Brunei melalui Miri pada 3 Mac dengan menaiki penerbangan Air Asia AK5651.

Tambah kenyataan itu lagi,  lebih 90 rakyat brunei menghadiri majlis tersebut dan MOH Brunei meminta mereka segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

Buletin TTKM mendapati majlis yang tidak dinamakan itu merupakan persidangan Jord Qudama & Ulama Malaysia yang berlangsung  4 hari dari 28 Feb sehingga 2 Mac di  Masjid Sri Petaling, markaz tabligh Malaysia.

Menurut satu rekod kedatangan asing di majlis tersebut, pada 29 Februari 2020,  lebih 1500 tetamu dari seluruh dunia menghadiri persidangan itu,  termasuk 35 dari China, 696 dari Indonesia dan 95 orang dari Singapura.

WhatsApp Image 2020-03-11 at 12.58.04 PM

Jumlah itu tidak termasuk ribuan lagi jemaah tabligh dari seluruh pelusuk negara.

Video menunjukkan jemaah yang penuh di masjid tersebut pada 29 Februari 2020:

No photo description available.
Penempatan ijtimak Ulama wal qudama di Masjid Jamek sri Petaling

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kenyataan MOH Brunei tersebut.

Kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 129 kes dengan 25 kes telah sembuh dan discaj.– Buletin TTKM-

 

 

 

 

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: