Brunei umum ‘majlis tabligh di KL’ sebagai kes kluster, 11 positif Covid-19

Bandar Sri Begawan, 12 Mac:  Kementerian Kesihatan Brunei mengumumkan perhimpunan keugamaan di KL pada 28 feb-3 mac lepas ( majlis ijtimak tabligh)  sebagai kes kluster pertama di negara tersebut yang dikaitkan dengan 11 kes positif covid-19 di Brunei.

88154014_10219080311216534_1628894826936139776_n
Majlis di Masjid Sri Petaling pada 29 Februari.

Berikut merupakan perincian kes di Brunei seperti yang disediakan oleh MOH Brunei.

Kes 1: Seorang lelaki warganegara Brunei berumur 53 tahun dan merupakan seorang pesara.

Kronologi.
27 Februari 2020: Pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia bersama tiga orang rakannya, yang juga warga Brunei untuk menghadiri satu perkumpulan ugama ( tabligh) di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur .
3 Mac 2020 : Pulang bersama rakan-rakannya ke tanah air dengan menaiki pesawat Air Asia AK5651 melalui Miri.
6 Mac 2020: Membuat perjalanan ulang-alik ke Miri dan singgah mendirikan solat fardhu jumaat di Masjid Kg Sg Teraban.
8 Mac 2020 : Sebelah malam telah mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan telah pergi ke Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk mendapatkan rawatan dan ujian Covid-19.

9 Mac 2020: Dibawa ke Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong sebaik sahaja keputusan awal makmal diperoleh.

Kes 2 : Lelaki warga Brunei berumur 61 tahun, merupakan rakan kepada Kes 1 yang telah bersama-samanya menghadiri perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur dan telah pulang ke Brunei bersama-sama Kes 1 pada 3 Mac 2020. Beliau mula mengalami tanda-tanda jangkitan seperti demam panas dan kesukaran bernafas pada 7 Mac.

Kes 3 : Lelaki berumur 30 tahun, anak kepada Kes 2 yang juga menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur dan telah pulang ke Brunei pada 2 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei  B1827 dan mula menunjukkan simptom demam dan sakit-sakit badan pada 9 Mac 2020.

Kes 4 : Seorang wanita berumur 46 tahun, merupakan isteri kepada kes 1. Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dalam masa 14 hari sebelum menunjukkan simptom batuk pada 9 Mac 2020.

Kes 5 : Anak kepada kes 1 dan berumur 12 tahun. Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dalam masa 14 hari kebelakangan. Kes 5 tidak mempunyai sebarang simptom

Kes 6 : Anak kepada kes 1 dan berumur 5 tahun. Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dalam masa 14 hari kebelakangan. Mula mengalami batuk pada 10 Mac 2020.

Kes 7 dan Kes 8 : Kes 7 seorang lelaki berumur 34 tahun dan kes 8 lelaki berumur 32 tahun adalah warga Brunei yang menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di KL. Mereka berasal dari keluarga yang sama dan telah pulan ke Brunei pada 4 Mac 2020 dengan menaiki pesawat MAS MH2594 dari KL ke Miri, Sarawak. Kes 7 tidak mempunyai simptom tetapi kes 8 mula mengalami selsema pada 10 Mac 2020.

Kes 9 : Seorang lelaki warga Brunei berumur 59 tahun. Turut menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di KL. Pulang ke Brunei pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawar Air Asia AK3541 dari KL ke Miri, Sarawak. Mula menunjukkan simption sakit tekak pada 5 Mac 2020 dan tidak keluar rumah sejak itu.

Kes 10  : Seorang wanita merupakan isteri kepada kes 3 dan berumur 33 tahun dan tidak tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur. Tiada sebarang simptom ditunjukkan. .

Kes 11: Seorang wanita berumur 52 tahun merupakan isteri kepada kes 9 dan tidak tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur. Mula mengalami batuk pada 10 Mac 2020.

Sejak semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia menjejaki lebih 5000 peserta majlis tersebut selepas mendapat notifikasi kes pertama di Brunei yang mempunyai sejarah perjalanan ke majlis itu.

Video menunjukkan peserta yang penuh di masjid tersebut pada 29 Februari 2020:

Seorang pesakit kes 131 warga Malaysia disahkan menghadiri majlis yang sama setakat ini.

– Buletin TTKM-

 

 

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.