July 24, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Covid-19: Brunei catat 14 kes baru, 13 dikait dengan majlis tabligh di KL.

KENYATAAN MEDIA
SITUASI TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI NEGARA NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM

Oleh: Kementerian Kesihatan Brunei.
12 Mac 2020
1. Berikutan pengesahan sebelas kes jangkitan COVID-19 semalam, Kementerian
Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai
mengenai perkembangan terkini jangkitan tersebut.

2. Pada hari ini, sebanyak 14 lagi kes baru telah disahkan dijangkiti COVID-19 yang
membawa jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 25 orang. 13
orang daripada kes-kes baru ini telah didapati mempunyai kaitan dengan
perkumpulan keagamaan (tabligh) di Kuala Lumpur, Malaysia.

• Kes 12 ialah seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun yang telah
menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau telah pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Air Asia
AK5644 pada 4 Mac 2020 ke Miri, Sarawak. Beliau kemudian berkongsi
kenderaan bersama-sama Kes 7, Kes 8 dan Kes 21 untuk pulang ke Negara
Brunei Darussalam. Beliau telah mengalami demam panas bermula pada 6
Mac 2020.

• Kes 13 ialah seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun yang juga telah
menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur. Beliau telah
pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia
AK278 ke Bandar Seri Begawan (tempat duduk 19A) dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan (pening dan batuk) pada 4 Mac 2020.
• Kes 14 ialah isteri kepada Kes 13 dan tidak mempunyai sejarah perjalanan
ke Kuala Lumpur. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
• Kes 15 ialah seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang juga telah
menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang
ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke
Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
• Kes 16 ialah seorang lelaki tempatan berumur 63 yang juga telah menyertai
perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air
pada 5 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI872 ke
Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
• Kes 17 ialah seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang juga telah
menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang
ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei
BI874 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda
jangkitan.
• Kes 18, berumur 30 tahun ialah isteri kepada Kes 8 dan tidak mempunyai
sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur. Beliau mempunyai tanda-tanda
jangkitan yang ringan (batuk dan selsema).

• Kes 19 ialah seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun yang mempunyai
sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur di mana beliau telah ditugaskan
sebagai pemandu kenderaan bagi jemaah tabligh dan tidak menyertai
perkumpulan keagamaan tersebut. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3
Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 ke Bandar Seri
Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
• Kes 20 ialah seorang lelaki tempatan berumur 64 tahun yang juga telah
menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pergi ke
Kuala Lumpur pada 27 Februari 2020 dan pulang ke tanah air pada 29
Februari 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri
Begawan. Beliau telah mula mengalami batuk dan selsema pada 9 Mac
2020.
• Kes 21 ialah seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun yang juga telah
menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang
dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Air Asia AK5644 pada 4 Mac
2020 ke Miri, Sarawak. Beliau kemudian berkongsi kenderaan bersamasama
Kes 7, Kes 8 dan Kes 12 untuk pulang ke Negara Brunei Darussalam.
Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.
• Kes 22 ialah seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merupakan
rakan kerja kepada Kes 3. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke
Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. Beliau telah
menjalani ujian makmal sebagai sebahagian daripada langkah-langkah
penyiasatan kontek bagi Kes 3.

• Kes 23 ialah seorang lelaki tempatan berumur 63 tahun yang telah
menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau tidak
menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
• Kes 24 ialah seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang juga telah
menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau tidak
menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

3. Dalam pada itu, Kes 25 ialah seorang lelaki tempatan berumur 64 tahun yang
mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan Cambodia tetapi tidak ada
kaitan dengan perkumpulan keagamaan yang diadakan di Masjid Jamek Seri
Petaling, Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 4 Mac 2020 dan
mula merasa demam pada 8 Mac 2020.

89384405_2642580275870322_6698952622914666496_o
Grafik oleh Kementerian Kesihatan Brunei.

4. Penyiasatan kontek bagi setiap kes yang baru disahkan hari ini sedang giat
dijalankan di mana kontek terdekat bagi setiap kes (termasuk ahli keluarga, rakan
sekerja atau sesiapa yang ada hubungan dengan kes) akan dihubungi dan dinilai
dari segi risiko jangkitan. Jika kontek-kontek ini didapati terdedah kepada kes
yang telah disahkan, mereka akan diarahkan untuk menjalani ujian makmal
COVID-19 dan dikurantin.
5. Sementara itu, Kementerian Kesihatan ingin mengemaskinikan jumlah
warganegara tempatan yang telah menyertai perkumpulan keagamaan (tabligh)
di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Februari hingga 3
Mac 2020. Selepas penyiasatan terperinci dilakukan setakat ini, seramai 81 orang
warga tempatan telah dikenalpasti menghadiri perkumpulan tersebut di mana 70
orang daripadanya telah kembali ke tanah air. 66 orang daripada mereka telah
menjalani ujian makmal bagi COVID-19 dan usaha sedang digiat dilakukan untuk
mengesan 4 orang lagi jemaah. Daripada 66 orang yang telah menjalani ujian
makmal, 16 orang telah didapati positif bagi COVID-19, 25 orang telah didapati
negatif manakala 25 lagi masih menantikan keputusan ujian. Dalam pada itu,
terdapat 11 orang warga tempatan yang masih berada di luar negara, termasuk
3 orang yang sedang menuntut di Malaysia. Kementerian Kesihatan menasihatkan
supaya mereka menjalani ujian makmal COVID-19 di mana saja mereka berada
dengan secepat mungkin.

89722098_2642580332536983_5796408113728847872_o
Grafik oleh Kementerian Kesihatan Brunei.

6. Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa
semua kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan adalah
berada di dalam keadaan yang baik dan stabil, tidak menghidap demam panas dan
tidak memerlukan bantuan pernafasan.
7. Dalam pada itu, sebagaimana Kenyataan Media yang telah dikeluarkan pada 9
Mac 2020, Kementerian Kesihatan telah menghantar sampel-sampel dari lima
kes pertama untuk ujian pengesahan lanjut ke WHO Reference Laboratory di
Singapura, menurut garispanduan daripada WHO. Hasil ujian-ujian tersebut
mengesahkan kelima-lima kes berkenaan adalah positif bagi COVID-19. Dengan
keputusan tersebut, Negara Brunei Darussalam dibolehkan menjalankan ujian
makmal bagi COVID-19 di dalam negara.

8. Untuk makluman orang ramai, pindaan telah diperkenankan kepada Kepada Akta
Penyakit Berjangkit (Penggal 204) serta peraturan-peraturanya iaitu Infectious
Diseases (Amendment of Schedule) Notification, 2020, dan Infectious Diseases
(Quarantine) (Amendment) Regulations, 2020.
9. Menurut Akta tersebut sesiapa yang, atau disyaki menjadi, kes, pembawa atau
kontek (contact) penyakit berjangkit boleh dikehendaki untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan (medical examination) ataupun rawatan perubatan
samada di hospital atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan. Kegagalan untuk mematuhi keperluan ini adalah menjadi
kesalahan di bawah Akta yang disebutkan di atas dan seterusnya orang berkenaan
boleh diperintahkan untuk dipindahkan ke hospital atau satu tempat lain di mana
beliau boleh ditahan dan, jika perlu, terpencil (isolated) sehingga pemeriksaan
atau rawatan dilakukan.
10. Tambahan lagi, sesiapa yang menghalang atau membantu menghalang pihak yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta yang
tersebut di atas atau peraturan-peraturan di bawahnya, atau memberikan
maklumat palsu atau mengelirukan jika (telah) dikehendaki memberikan
maklumat atau dokumen adalah menjadi kesalahan di bawah Akta yang tersebut
di atas.
11. Sehubungan dengan itu, jika sabit kesalahan, boleh membawa denda sehingga
$10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya
sekali (kesalahan pertama). Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, jika sabit
kesalahan boleh membawa denda sehingga $20,000 atau penjara selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
12. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari
laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.bn atau
menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 (pada bila-bila masa).
– TAMAT –
Rujukan : KK/PR/2
Tarikh : 17 Rejab 1441H / 12 Mac 2020M

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: