Covid-19: KKM gesa perhimpunan ramai ditangguhkan

Putrajaya, 12 Mac : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  menggesa semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19 berlaku.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman facebook KKM semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Kementerian Kesihatan Brunei mengesahkan pesakit Covid-19 menghadiri ijtima tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb – 2 Feb lalu yang melibatkan lebih 10k peserta.

“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini melibatkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

“Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing,”  – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Pada perkembangan yang sama KKM turut mengesahkan seorang rakyat Malaysia, pesakit Covid-19 kes 131 mempunyai sejarah perjalanan ke majlis tersebut.

“Kes 131 disiasat dengan teliti iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur selama 3 hari (28 Februari sehingga 1 Mac 2020).

Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema pada 4 Mac 2020, sebelum kemudiannya mengalami sesak nafas pada 8 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac 2020. Ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini telah disahkan positif pada 10 Mac 2020. Beliau sudah diasingkan dalam ward isolasi dan sedang menerima rawatan.” – – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dr 28 Feb hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi pejabat kesihatan daerah atau CPRC untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Nombor telefon adalah seperti di bawah:

Image may contain: possible text that says 'CRISIS PREPAREDNESS AND RESPONSE CENTRE (CPRC) KEBANGSAAN Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Novel Coronavirus (2019-nCoV) (2019 boleh hubungi HOT LINE Nombor Hotline 03 88810200 03 88810600 03 88810700 atau emel: cprc@moh.gov.my UKK moH'

No photo description available.

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.