Saya akan buat “political comeback” – Tun

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamah berikrar akan melakukan political comeback sekiranya rakyat mahukan beliau dan jika terdapat salah laku dalam pentadbiran perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

“Malah sekarang pun , mereka(ahli parti dan penyokong)  masih bertemu saya. Saya beritahu mereka, saya sudah tua, umur 94 tahun, tetapi mereka kata mereka lihat orang yang berpengalaman. Saya berpengalaman sebagai PM berahun-tahun lamanya dan saya belajar sesuatu, jadi mereka fikir saya boleh menyelesaikan banyak masalah” – Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata demikian kepada Nikkei Asian Review dalam satu temuramah.

Tambahnya lagi,  ia adalah sesuatu yang mementingkan diri sekiranya beliau bersara kerana beliau masih lagi MP Langkawi, jawatan yang beliau mahu kekalkan sehingga pilihanraya berikutnya.

“Saya tidak dapat menahan diri melihat kerajaan melakukan sesuatu yang salah. Saya berasa saya ada tugas untuk melakukan sesuatu” – Tun Dr Mahathir
Apabila ditanya sama ada beliau mahu bertanding pada PRU berikut pada 2023, Mahathir berkata beliau bersedia sekiranya itu yang dimahukan rakyat.

 

“Jika anda tanya saya, saya tidak mahu melakukannya kerana ketika itu, saya sudah berumur 98 tahun” – Tun Dr Mahathir

Mengenai musuh beliau yang kini sekutu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir  berkata sejak 1998, Anwar tidak sabar untuk menjadi perdana menteri.

Pada ketika itu, Anwar merupakan orang nombor dua dalam UMNO, manakala Mahathir orang nombor 1.

“Saya fikir beliau selalu tidak sabar, ketika beliau dalam UMNO, saya menaikkan pangkatnya sehinggalah beliau menjadi orang nombor dua, di mana beliau akan mengambil alih apabila saya bersara. 

Tetapi beliau tidak boleh menunggu kerana saya berkuasa terlalu lama dan beliau memulakan gerakan untuk menggulingkan saya, tetapi sudah tentu, beliau telah gagal. 

Beliau berkempen melalui budak-budaknya, mendesak saya meletakkan jawatan. Saya fikir saya akan letak jawatan bila ia adalah selamat untuk melakukannya. – Tun Dr Mahathir

Untuk rekod, Dr Mahatir meletakkan jawatannya pada 24 Feb berhubung ketidak sefahaman dengan presiden PPBM, Tan Sri Muhyidin Yasin yang mahu membentuk kerajaan baharu dengan penyertaan UMNO secara en bloc. Ekoran itu, PPBM dan blok Azmin Ali telah keluar dari Pakatan Harapan menyebabkan kerajaan tersebut tumbang tidak sampai setengah penggal.

PPBM kini berpecah dua, di mana 30 ahli parlimennya mengikut Tan Sri Muhyidin Yassin, manakala cuma 5 sahaja setia bersama Tun Dr Mahthir, dimana ia termasuklah anaknya Mukhriz Mahahir dan Syed Saddiq – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.