Putrajaya, 12 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan langkah-langkah pencegahan Covid-19 di sekolah, antaranya sekolah tidak perlu ditutup sekiranya terdapat warga sekolah yang disahkan positif Covid-19.
Tambah garis panduan itu, ia sudah memadai dengan melakukan nyahkuman atau disenfeksi lebih kerap.
Manakala pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman permukaan yang mudah dicemari kuman seperti kerusi, meja, tombol pintu dan papan kekunci komputer.
Selain itu, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dan air atau dengan sanitizer.
Warga sekolah juga dinasihatkan supaya menjauhkan diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.
Langkah terakhir adalah memakai penutup mulut dan hidung jika bergejala.
Panduan itu dimuat naik di laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia siang tadi.
Di ruang komen hantaran tersebut, didapati rata-rata netizen memberikan komen negatif terhadap garis panduan KKM itu.
Berikut merupakan beberapa komen:
Weoi Kai Tutup sekolah sajalah. Macam mana nak pasti tak ada kuman dengan mata? Murid murid di sekolah suka main sama sama. Jarak satu meter mungkin kena belajar dekat corridor atau padang kut.
Nur Qaseh Qaisara Susah lah …nk plak bdk2 pompuan pegang2 tgn sesama diorng..nk jarak2 mna gayenye😑bdk2 mna tau bab gejala ni
Bakhtiar Sa’adon Maknanya kalo ada kes di sekolah…sekolah takkan ditutup ke ni….just sanitize je…sape nak buat sume tu….alat2,bahan,pekerja bukan sikit tu
Karmen Wong Jarakkan diri sejauh 1m? 40 pelajar dalam satu class macam mana jarakkan 1m? Sabun pun takde apatah lagi hands sanitizers? Ada kes positive pun tidak perlu tutup? KKM poster cantik tapi idea amat mengecewakan
Romman Adura Apa masalahnya kalau tutup je dulu sementara? Kan lebih selamat?
Emirul Nor II Dah kerajaan baru pun masih tingtong buat keputusan ? Tak ambik pengajaran ke pada kelewatan pihak atas buat tindakan sebelum ni. Selfish. Bila ofis ade covid 19 , boleh la tutup ofis kerajaan tu yerr. Budak kecik tak kuat mcm orang tua. Lol
Susan Owi Kalau kes serius sangat, cara yang baik ialah elakkan ke sekolah, budak-budak mana pandai jaga diri even kebersihan pun masih lagi kena mak bapak yang beri tunjuk ajar di rumah. Janganlah mengambil mudah sebab virus ini senang merebak. Tiap-tiap hari ada juga risau anak di sekolah sentuh apa-apa yg sensitif
Syafiqah Mizieqa Nk suruh ank2 bsuh tgn teramatla susah tao…kalau kt rumah bila kita nmpk dia bersin ke korek hidung ke..hidung bhingus ke boleh la kita suruh dia bsuh tgn..kat skolah xtao la cmne…hari2 pesan kt ank jgn dkt dgn kwn2 yg xsihat…blik rumah tgk da bersin2 dah…ehmmm…
Nur Adila Zuraidi Boleh pulak dah disahkan positif sekolah tak perlu ditutup.. yg virus2 yg dah tersebar dikawasan sekolah ?? Anak2 yang dah bersentuhan satu sama lain?
Nur Ain Nd Bdk drjah 1 pndai x jarakkan diri sejauh 1meter? 🤔🤔
Ede Rahim I strongly believe we need more aggressive interventions.
Nurh El Beyond tombol pintu, meja kerusi dan papan kekunci… more than that, bola? Buku2, etc macam tak pernah sekolah pulak org kat KKM ni 😅
-Buletin TTKM-