Tom Hanks dan isteri positif Covid-19

Tom Hanks dan isteri Rita Wilson. Gambar oleh Robyn Beck / AFP

Australia, 12 Mac: Pelakon Hollywood terkenal, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson didapati positif Covid-19.

Tom Hanks mengesahkan perkara itu dalam satu ciapan di akaun twitternya sebentar tadi, berkata beliau dan isteri tidak berapa sihat pada ketika tiba di Australia dari Amerika Syarikat.

“Kami berasa sedikit letih, seperti ada demam selsema, dan sakit-sakit badan. Rita pula ada kedinginan yang datang dan pergi. Turut demam sedikit.

..Kami kemudian menjalani pemeriksaan untuk Coronavirus, dan didapati positif. ” – Tom Hanks.

Beliau turut berkata mereka akan dipantau dan diasingkan seperti diperlukan untuk keselamatan kesihatan umum.

Setakat ini, Amerika Syarikat mencatat 1,263 kes dengan 36 kem@tian manakala Australia pula dengan 127 kes dengan 3 kem@tian.

Pada perkembangan yang sama, presiden AS, Donalds Trumps sebentar tadi mengumumkan larangan perjalanan dari Eropah ke AS selama 30 hari bermula malam jumaat, tetapi tidak melibatkan negara United Kingdom.

Semalam, WHO mengumumkan virus Covid-19 sebagai pandemik. -Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version