June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Covid-19: 14,500 rakyat Malaysia sertai ijtimak tabligh, 6 kes positif dikaitkan

Kuala Lumpur, 13 Mac : Seramai 16 000 peserta menyertai ijtima’ tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb-1 Mac lepas, di mana 14 500 dari jumlah itu adalah rakyat Malaysia dari seluruh negara, bukan 5000 seperti yang dilaporkan. Manakala 6 kes positif covid-19 disahkan berkaitan dengan majlis itu setakat ini.

Demikian adalah menurut satu carta yang dikongsikan oleh Dr Khebir yang  merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit, KKM.

Carta tersebut turut di post semula oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham di laman facebooknya.

Untuk rekod, kenyataan media bagi 9 kes terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan semalam tiada langsung perincian mengenai kes kluster majlis tabligh tersebut.

Ini perincian carta:

89722144_10222017628857687_70311659767332864_o

Setakat ini, hanya negeri Perlis membatalkan solat jumaat untuk hari ini 13 Mac.- Buletin TTKM-

 

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: