Kuala Lumpur, 13 Mac : Seramai 16 000 peserta menyertai ijtima’ tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb-1 Mac lepas, di mana 14 500 dari jumlah itu adalah rakyat Malaysia dari seluruh negara, bukan 5000 seperti yang dilaporkan. Manakala 6 kes positif covid-19 disahkan berkaitan dengan majlis itu setakat ini.
Demikian adalah menurut satu carta yang dikongsikan oleh Dr Khebir yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit, KKM.
Carta tersebut turut di post semula oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham di laman facebooknya.
Untuk rekod, kenyataan media bagi 9 kes terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan semalam tiada langsung perincian mengenai kes kluster majlis tabligh tersebut.
Ini perincian carta:
Setakat ini, hanya negeri Perlis membatalkan solat jumaat untuk hari ini 13 Mac.- Buletin TTKM-