Covid-19: Tiada solat Jumaat di Perlis hari ini – DYMM Raja Perlis

Arau, 13 Mac: Solat Jumaat untuk hari ini, 13 Mac di seluruh negeri Perlis digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing manakala sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama dielakkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Muda Perlis, Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, langkah tersebut diambil setelah mendapat pandangan dan nasihat dari pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysa mengenai perkembangan Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri perlis.

“Maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu PErlis, (MAIPS), bagi menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalaullail dengan ini memutuskan agar solat Jumaat di seluruh negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.

Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, justeru pihak Kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan”

  – Raja Muda Perlis, Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,

Ini menjadikan Perlis negeri pertama di Malaysia mengeluarkan arahan sedemikian.

Semalam, Majlis Ugama Islam Singapura turut mengeluarkan kenyataan solat Jumaat di seluruh republik berkenaan ditangguhkan. Manakala semua masjid ditutup selama 5 hari untuk tujuan pembersihan. Selain itu, semua aktiviti di masjid seluruh Singapura turut ditangguhkan selama 2 minggu bermula hari ini.

Pada hari selasa, Kementerian Kesihatan Brunei mengesahkan seorang rakyatnya didapati positif covid-19 setelah menghadiri majlis tabligh selama 4 hari ( 28 Feb-2 Mac) di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih kurang 10 000 peserta.

Menurut satu rekod kedatangan asing di majlis tersebut, pada 29 Februari 2020,  lebih 1500 tetamu dari seluruh dunia menghadiri persidangan itu,  termasuk 35 dari China, 696 dari Indonesia, 2 dari Korea dan 95 orang dari Singapura.

Singapura mengesahkan semalam 82 rakyatnya menghadiri majlis tersebut manakala  Brunei pula mengesahkan rakyatnya seramai 81 orang hadir.

Jadual kedatangan tetamu luar pada 29 feb 2020 yang dikongsikan jemaah tabligh di akaun facebooknya.

Jumlah itu tidak termasuk ribuan lagi jemaah tabligh dari seluruh pelusuk negara yang kini dianggarkan 5000 orang.

Penempatan ijtimak Ulama wal qudama di Masjid Jamek sri Petaling mengikut daerah dan negara, ehsan jemaah tabligh. 

Fakta Nombor: Peserta majlis mengikut negara

Brunei : 81 orang

Singapura: 82 orang.

Malaysia : 5000+ orang.

Lain-lain negara : 1000+ orang

Setakat ini,  majlis tabligh  tersebut adalah kes kluster di negara brunei dan dikaitkan kepada 24 pesakit positif Covid-19.

Grafik oleh Kementerian Kesihatan Brunei.

Manakala Malaysia dan Singapura masing-masing mencatat 2 kes positif Covid-19  juga dihubungkan dengan majlis tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam merayu agar semua mereka yang menghadiri majlis berkenaan supaya menghadirkan diri ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani saringan kesihatan. -Buletin TTKM-

Kenyataan penuh, ehsan MAIP.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: