Kuala Lumpur, 15 Mac: Kes positif Covid-19 melonjak kepada 428 kes dengan 190 kes baharu, paling tertinggi dalam satu hari.
Menurut menteri kesihatan, Dr. Adham Baba kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.
“Sehingga 12 tengah hari tadi , terdapat 190 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positiv covid-19 di Malaysia adalah 428 kes. Berdasarkan siasatan awal kebanyakan kes-kes baru ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di masjid petaling. ” – Dr. Adham Baba
Untuk rekod, jumlah postif kes kluster tabligh semalam adalah berjumlah 77 dengan keseluruhan kes pada 238.
Dengan jumlah keseluruhan kes 428 ini, kes pesakit covid-19 di Malaysia merupakan paling tertinggi di Asia Tenggara, manakala di seluruh dunia menduduki tangga ke-18 paling tinggi selepas negara China.
Sementara itu, 9 kes positf Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafafan.
Menteri kesihatan turut menyeru kepada peserta majlis tabligh supaya tampil dan menghubungi pejabat kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya
“Kita akan pastikan bahawa mereka diletakkan dibawah perintah pengawasan dan pemerhatian 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Sri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif covid-19. Person under investigatin (PUI) yang tidak mematuhi kriteria untuk dimasukkan ke hospital mereka juga perlu diletakkan dibawah perintah pengawasan dan pemerhatian. ” – Dr. Adham Baba
Pada 28 Feb- 1 Mac lepas, satu perhimpunan tabligh dilangsungkan di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur yang menyaksikan kehadiran seramai 16 000 peserta. 14500 adalah rakyat tempatan manakala selebihnya adalah tetamu dari negara luar.
Setakat semalam, KKM berjaya mengenal pasti 4, 942 peserta dan 3,069 telah datang buat saringan di klinik kesihatan, hasilnya 137 dirujuk ke hospital.
Semalam Brunei mengesahkan 37 kes positif Covid-19 dari kluster yang sama termasuk seorang bayi berumur 9 bulan. Manakala Singapura pula mencatat 7 kes pada kluster itu. – Buletin TTKM-