Covid-19: Adakah dulu kita mempersenda kesusahan orang Wuhan?

Artikel ini pada asalnya ditulis pada 1 Feb 2020.

Oleh : Ahmed Natasha

Ada di kalangan umat Islam di Malaysia seolah-olah gembira dengan apa yang berlaku di Wuhan, China . Mereka berpendapat ia balasan Allah kepada Negara China atas penindasan umat Islam Uighur dan kekej@man mereka keatas haiwan liar dan eksotik. Kerja menghukum itu kerja Allah bukan hak kita untuk menentukan bahawa mereka patut dihukum sebegitu .

Namun ramai lupa ramai di Wuhan itu terdiri dari kanak-kanak , bayi , orang tua dan rakyat biasa yang tidak terlibat langsung dengan tuduhan menindas orang Uighur mahupun memakan hidupan liar eksotik.

Bayangkan kita di tempat mereka , bandar yang kita diami dikenakan sekatan , bekalan makanan berkurangan , semua orang dalam keadaan panik . Duduk dalam ketakutan sehingga takut untuk bernafas .

Bayangkan bayi kecil , apa dosa mereka . Bayangkan anak -anak kita di dalam situasi mereka . Anak-anak tidak boleh kesekolah , tidak boleh keluar kerana risau dijangkiti virus .

Bayangkan bekalan makanan makin kurang , harga makanan dan barang-barang keperluan lain naik mendadak .

Bayangkan setiap kali anda batuk atau bersin perkara pertama yang bermain di fikiran “aku kena coronavirus ke ?” .

Bayangkan anda perlu beratur berkilometer panjang untuk berjumpa doktor di hospital dengan harapan untuk mendapat rawatan atau pun menjalankan ujian corona virus .

Bayangkan hospital tidak ambil peduli penyakit-penyakit selain simtom berkaitam N-Cov .

Bayangkan anak anda batuk teruk atau asthma dan memerlukan nebulizer namun tidak boleh mendapatkan rawatan kerana semua hospital penuh dan memberi prioriti kepada pesakit N-Cov.

Bayangkan keadaan apabila jiran anda didapati positif N-Cov apa tindakan anda ?

Bayangkan Isteri anda positif dan dikuarantin tetapi anda dan anak-anak tidak .

Bayangkan anda dan pasangan anda positif coronavirus tetapi anak-anak anda tidak.

Bayangkan bayi anda berumur 9 bulan positif dan dikuarantin dan anda tidak dibenarkan untuk teman atau bersama bayi anda .

Bayangkan betapa takutnya orang disana apabila bilangan kes dan kematian naik setiap hari dan jam .

Bayangkan bantuan dari kerajaan lewat sampai ,bekalan topeng muka kurang dan tiada cara untuk melindungi diri dari virus ini sehingga ada diantara mereka yang menyarungkan botol air mineral 5 liter yang dipotong bahagian bawah di kepala sebagai shield atau penghadang .

Bayangkan juga serangan, tomahan , kutukan , penghinaan yang tidak putus-putus datang dari masyarakat antarabangsa .

Bayangkan kesemua aktiviti harian terpaksa dihentikan , jika anda seorang pemandu e-hailing adakah anda berani mengambil
penumpang? Sekiranya anda peniaga kecil makanan adakah kamu mahu meneruskan perniagaan?

Bayangkan betapa letihnya doktor, jururawat , juru makmal dan staff-staff kesihatan lain yang tidak tidur dan bertungkus-lumus memberi rawatan kepada ribuan pesakit dan saspek coronavirus .

Bayangkan bagaimana perasaan takut mereka ketika hendak makan atau minum kerana risau makanan dan air tercemar dengan coronavirus.

Bayangkan perasaan seorang anak kecil yang kehilangan ibu-bapa, adik beradik dan saudara mara akibat jangkitan ini .

Bayangkan betapa susahnya kerja polis, bomba dan kakitangan awam yang perlu bekerja tanpa henti dan rehat.

Bayangkan jika virus ini tidak dapat dikekang dan menjadi lebih teruk .

Hari ini, Malaysia mencatat 428 kes, tertinggi di Asia Tenggara.

Berdoalah kepada Allah SWT agar semua pesakit di beri kesembuhan.

Berdoalah kepada Allah SWT agar virus ini pupus dan tidak tersebar dengan lebih buruk.

Berdoalah  kepada Allah SWT agar semua staff perubatan di Malaysia diberi kekuatan dan istiqamah dalam melawan wabak ini . -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.