Ahli tabligh ceritakan kisah saringan Covid-19 drive-thru

KISAH PEMERIKSAAN #COVID19 YANG KAMI LALUI PART II

DRIVE THRU TEST POINT KESAN KARKUN POSITIF COVID-19

Oleh: Rizal dari Halaqah Putrajaya Diplomatik

PUTRAJAYA, 16 MAC – Pejabat Kesihatan Putrajaya membuat saringan secara drive-thru kepada semua 65 orang peserta Jord Kudama di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11 Putrajaya mulai pukul 2.30 petang tadi.Sejak diumumkan salah seorang peserta Jord Qudama dari Brunei disahkan positif Covid-19, pelbagai cerita berkaitan Jemaah tabligh belegar di media-media.

Pelbagai pihak telah mengecam Jemaah tabligh yang kononnya tidak memberikan kerjasama sedang pihak Masjid Sri Petaling telah berusaha sedaya upaya membantu Kementerian Kesihatan untuk menyaring para Jemaah.

Jord Qudama adalah perhimpunan Jemaah tabligh atau lebih dikenali sebagai karkun yang pernah keluar membuat usaha dakwah empat (4) bulan dan ke atas sekurang-kurangnya ke India serta para ulama yang membuat usaha dakwah. Ia diadakan pada 28 Feb – 2 Mac 2020 di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur.
Satu arahan dari pihak kerajaan meminta semua karkun yang terlibat dengan perhimpunan ini membuat saringan dan melapor diri segera kepada pejabat kesihatan berdekatan.
Walau bagaimanapun, kesukaran para karkun ini untuk membuat saringan ialah kerana maklumat yang berbeza antara pusat saringan, yang kebanyakkannya memaklumkan hanya peserta yang mempunyai simtom sahaja dibenarkan membuat saringan. Karkun yang tiada simtom diminta membuat self quarantine / self isolate di rumah masing-masing.
Menyedari kesukaran ini, Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya telah mengambil inisiatif mereka sendiri. Mereka berusaha mencari karkun Putrajaya yang terlibat dan membuat perbincangan dengan peserta. Dalam tempoh yang singkat, 65 karkun telah dikenalpasti menghadiri Jord Qudamak ini. Satu grup whatsapp telah diwujudkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

jord1
Menurut pegawai bertanggungjawab mencari semua karkun yang terlibat, Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan yang hanya mahu dikenali sebagai Imran, apabila mendengar berita berkaitan Jord Qudama dan Covid19 ini, beliau telah bergerak untuk mencari kesemua karkun yang menghadiri perhimpunan ini sejak tiga (3) hari lepas.
“Alhamdulillah saya berjaya mengumpulkan semua maklumat peribadi mereka yang hadir ke perhimpunan ini dan hari ini kita berjaya membuat saringan kepada semua yang terlibat di Klinik Kesihatan Presint 11 Putrajaya.”
Menurutnya, apabila semua maklumat berkaitan mereka berjaya dikumpul, beliau membuat satu grup wsapp agar semua maklumat hanya yang sahih dapat disalurkan dan mereka hanya menerima maklumat hanya dari satu sumber.

Bila ditanya adakah ini SOP KKM? Beliau menjawab, ini bergantung kepada inisiatif dan kreativiti masing-masing.
Seorang karkun yang hadir yang mahu dikenali sebagai Ritz Maleficent, 46, berkata, sebelum ini, dia telah ke beberapa tempat untuk membuat pemeriksaan, tapi yang mahu menerima untuk membuat saringan hanyalah di klinik kesihatan Dengkil.
Banyak pihak yang hanya menyalahkan dan menunding jari sana-sini tetapi Pejabat Kesihatan Putrajaya berjaya untuk mencari jalan penyelesaian yang sangat bijak sana, katanya.
Keadaan menjadi sukar kerana pihak kesihatan memaklumkan, hanya mereka yang mempunyai simtom sahaja datang membuat saringan, yang tiada simtom sila self quarantine di rumah. Ini menyebabkan ramai menuduh karkun tidak bertanggungjawab, walhal sebenarnya maklumat mereka tidak diambil dan tiada pemeriksaan dibuat kerana mereka tiada simtom, ujarnya lagi.

Seorang lagi peserta yang hadir membuat pemeriksaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, langkah ini amat proaktif dari Pejabat Kesihatan Putrajaya untuk memastikan semua karkun yang terlibat diberi peluang untuk membuat pemeriksaan.
“Ini sangat memudahkan semua pihak kerana sebelum ini kami mengahadapi kesukaran untuk membuat pemerikasan. “Sebelum ini, kami disuruh ke sini, pergi ke sana tetapi akhirnya tiada pemeriksaan dibuat” – ujarnya.
“Drive thru test point amat kreatif dan wajar ditiru oleh semua Klinik Kesihatan di seluruh Malaysia. Ia hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit tetapi semua orang berjaya dikumpulkan, katanya lagi.

2

Menurut A Danial Ismail, 35 dari Presint 9, pegawai-pegawai kesihatan yang membuat pemeriksaan amat proaktif dan cekap. Selain berjaya mencari jalan terbaik menyelesaikan kemulut ini, mereka telah membuat pengorbanan yang amat besar, menggerakkan sekumpulan yang besar bekerja di tengah panas terik dengan pakaian beberapa lapis untuk memastikan semua karkun dapat di saring.

“Pada awalnya mereka memaklumkan, masa yang akan diambil sekitar 30 minit seorang, tetapi tidak sampai 15 minit, dah siap pemeriksaan” katanya.

Mohd Fadhlin b Arshad, 41, dari Presint 11 menyarankan pejabat kesihatan lain juga wajar mengambil tindakan yang sama begini. Sekurang-kurangnya apabila karkun datang, ambil maklumat peribadi mereka.
Maklumat yang diberikan pejabat kesihatan Putrajaya amat jelas dan amat mudah difahami. Grup wsapp yang dibuat telah menyalurkan maklumat yang jelas untuk kami- Buletin TTKM

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.