June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

#LockDownMalaysia trending #1 di Twitter

TwitterJaya, 16 Mac: Tanda pagar #LockDownMalaysia kini sedang trending nombor satu di twitter dengan 18500 ciapan setakat ini.

Berikut merupakan top 10 ciapan  #LockDownMalaysia :

https://twitter.com/reveuse1au/status/1239232243580555264

https://twitter.com/esokmint/status/1239256651837763584

Semalam, menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah 428 kes dengan pertambahan 190 kes baharu.

Ini sekaligus  menjadikan Malaysia sebagai negara Asean yang mempunyai bilangan pesakit Covid-19 tertinggi mengatasi Singapura.

Siasatan menunjukkan kebanyakan dari kes baharu adalah dikaitkan dengan kluster ijtimak tabligh di masjid Sri Petaling yang diadakan pada 28 Feb sehingga 1 Mac lepas.

Sementara itu, Dr Adham Baba di laman facebooknya menafikan terdapat perintah lockdown, seperti satu poster yang tular di media sosial.

“Tiada sebarang perintah “lockdown” oleh pihak berkuasa buat masa ini.Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini.Walau bagaimanapun, rakyat digesa terus mematuhi nasihat penjagaan kesihatan dan nasihat penjarakkan sosial 1 meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” – Dr Adham Baba

Hari ini kabinet dilaporkan akan bermesyuarat bagi membincangkan tindakan seterusnya bagi menangani wabak covid-19 yang semakin menular.

“Jadi kita sekarang ini dah masuk  fasa pembendungan akhir dan mesyuarat akan membincangkan tindakan kerajaan seterusnya untuk mengatasi wabak ini” – Dr Adham Baba

– Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: