June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Mat Jargon cabar Syed Saddiq untuk jawatan Ketua Armada

Kuala Lumpur, 16 Mac: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), yang disandang bekas bossnya, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Hal itu dimaklumkan Wan Fayhsal kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonannya di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya kira-kira jam 2.30 petang tadi, lapor Malaysiakini.

Kata Wan Ahmad Fayhsal, beliau bertanding kerana telah diberi mandat dan bukan untuk jawatan.

“Saya bertanding bukan untuk jawatan atau membelakangi mantan ketua saya YB Syed Saddiq, tapi kerana saya telah diberi mandat oleh akar umbi dan juga majlis pimpinan tertinggi parti untuk menyertai pertandingan calon ketua Armada,”

Pengumuman Wan Fayhsal ini menjadikan jawatan tertinggi sayap pemuda PPBM itu akan ditandingi  tiga penjuru di mana dua lagi calon lain adalah Syed Saddiq dan Muzammil.

Untuk rekod, Wan Fayhsal yang merupakan pengerusi biro perhubungan antarabangsa Bersatu, adalah orang kuat Syed Saddiq dalam Bersatu dan juga merupakan  pembantu khas kepada bekas menteri belia dan sukan serta penyokong kuat Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, beliau bertanding sebagai ketua bahagian Titiwangsa di mana Syed Saddiq ketika itu turut berkempen membantu Wan Fayhsal.

Setelah presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, ke 8, Wan Fayhsal mengumumkan menyokong Muhyidin, beberapa hari sebelum pembentukan kabinet, meninggalkan Syed Saddiq dan Tun Dr Mahthir.

Mengejutkan pelbagai pihak, Wan Fayhsal kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di KBS- kementerian yang pernah diterajui Syed Saddiq sebelum kerajaan Pakatan Harapan tumbang setelah PPBM mengumumkan keluar dari gabungan tersebut. -Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: