Malaysia catat kemat1an pertama Covid-19

Kuching, 17 mac: Malaysia mencatatkan kemat1an pertama berkaitan wabak Covid-19 hari ini, melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lelaki itu, yang merupakan seorang paderi di sebuah gereja di Kuching, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada pukul 11 pagi tadi.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak masih dalam proses mengenal pasti sumber jangkitan terhadapnya.

“Sementara itu, 193 kontak rapat mendiang telah dikenal pasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah,” kata JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM –

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.