
Oleh : Noor Hisham Abdullah
Hari ini adalah hari pertama “perintah kawalan pergerakan” di negara kita.
Dengan kata-kata mudah, “sila duduk di rumah” dan jarakkan diri anda daripada orang lain.
Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.
Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap “tidak kisah”.
Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. “Duduk di rumah dan jangan keluar “
– Buletin TTKM
Leave a Reply