Covid-19: 110 kes baharu, 900 keseluruhan.

PUTRAJAYA: Sebanyak 110 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 900 kes

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata daripada 110 kes baharu itu, sebanyak 63 kes daripada kluster tabligh.

Sementara itu, seramai 15 individu sudah dibenarkan pulang hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya dari COVID-19 sebanyak 75 kes.

Manakala pesakit di bawah Unit Rawatan Rapi kini meningkat kepada 20 orang, tambahan 5 pesakit berbanding semalam.

“Sehingga kini seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mereka kini memerlukan bantuan pernafasan,”  – Dr Adham Baba,

Dalam pada itu, Dr Adham berkata Selangor menjadi negeri tertinggi jumlah pesakit COVID-19 iaitu sebanyak 223 kes dilaporkan.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 123 kes, Sabah (112), Johor (101), Negeri Sembilan (56), Sarawak (51) dan Kelantan (44). Kedah 40 kes ,Perak 35 kes, Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 32 kes, Terengganu 11 kes, Perlis 9 kes Putrajaya 6 kes dan Labuan lima kes.  – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: