Covid-19: Tentera mungkin dikerah.

KUALA LUMPUR 19 Mac: Kerajaan mungkin terpaksa menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan selain polis sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya, kata menteri kanan (keselamatan)  merangkap menteri pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

“Cadangan kita kemungkinan besar jika keadaan masih lagi tidak dapat dikawal sepenuhnya, tentera kemungkinan akan digunakan. Jadi, sebelum tentera digunakan, saya percaya mungkin  tidak perlu, tetapi jika tidak ada pilihan, pematuhan ( arahan kawalan) masih kekal setakat 60%-70%, saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan”  – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tambahnya lagi, khidmat anggota tenterajuga  boleh digunakan di kawasan kampung manakala polis menguatkuasakan perintah di bandar.

Katanya, kementerian bersedia jika ada keperluan berbuat demikian bagi mengurangkan pergerakan orang ramai, sekali gus menjayakan matlamat perintah itu.

Malah, beliau berkata bermula hari ini, polis akan meningkatkan penguatkuasaan dalam bentuk sekatan jalan raya untuk membendung pergerakan orang ramai bagi atasi penularan COVID-19.

Beliau berkata, setakat semalam tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu angka ini dinaikkan dalam masa terdekat ini.

“(Sedia) guna tentera kalau ingkar (sebab) kampung tak cukup polis. Susah kawalan di kampung kalau RELA tak mampu, tentera mungkin digunakan di kampung, polis di bandar.

“Kalau (kadar) pematuhan tidak meningkat juga, pihak polis akan gunakan tindakan undang-undang dan tindakan tegas lagi ini. Saya harap, ia tidak perlu jika pematuhannya meningkat,” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata, polis juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk bertindak mempertingkatkan sekatan ini.

“Setakat ini hanya adakan pengumuman dan hebahan dulu. Semalam kita tunjukkan video oleh pihak polis buat hebahan dan pengumuman di seluruh negara.

“Jabatan Penerangan juga akan adakan hebahan kepada masyarakat. Walaupun kita benarkan rakyat keluar beli barang, cuba jarakkan diri apabila berada di kawasan ramai.

“Jika beli barang makanan di pasar raya atau pasar, cuba jarakkan diri. Cuba kurangkan bawa keluarga. Jangan bawa anak kecil untuk beli belah. Kita sendiri cuba mengelakkan kejadian yang lebih buruk,”  – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

‘Beliau berkata demikian dalam sidang media sebentar tadi. Pada sidang media yang sama, beliau berkata  kabinet telah memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa khas yang melibatkan 19 Kementerian, dan agensi-agensi yang lain untuk menyeleraskan kesemua kementerian yang berkaitan dengan Covid19.

Sementara itu, beliau turut berkata MenHan akan melakukan PC mengenai status RMO pada setiap hari pada jam 12 tengah hari, manakala menteri kesihatan pula akan melakukan PC mengenai status terkini Covid-19 pada jam 3 petang.

Perintah kawalan pergerakan diwartakan semalam dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir rakyat yang tidak menghiraukan arahan tersebut, malah ada yang membeli belah di pasar pagi, berjogging dan bertaichi di taman, malah masih ada makan sambil minum kopi tarik di restoran- Buletin TTKM_

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: